Bekas Menteri 5% Bakal Di Siasat Bawah AMLA

@shafiqfhadly

Drama terbaru “YBku Mr. 5%”. Siapakah beliau? #PemudaCaraKita #HebatkanLarutKita #UMNO #barisannasional #malaysiamadani #phbngengkita #tradisimembelarakyat #fyp #kerajaanperpaduan #politik #fypシ゚viral #penyamunnasional #PNbest

♬ original sound – Shafiq Fhadly – Shafiq Fhadly

Bekas Menteri 5% Bakal Di Siasat Bawah AMLA

Pengguna akaun Tiktok, @shafiqfhadly, mendedahkan satu skandal yang didakwa membabitkan seorang bekas menteri dengan kegiatan penggubahan wang haram.



Menurut Shafiq, bekas menteri tersebut mempunyai modus operandi yang sangat licik untuk mengelakkan dari dikesan.

Bekas menteri tersebut memberikan maklumat penting mengenai tender-tender kerajaan kepada broker tender kerajaan.

Sebagai ‘upah atau komisyen’, bekas menteri tersebut akan mengambil 5% daripada jumlah keseluruhan nilai tender.

Namun begitu, ‘upah atau komisyen’ yang beliau bakal terima dari pembocoran maklumat tersebut tidak dibayar terus dimasukkan ke dalam akaun beliau.



Sebaliknya satu akaun N 26 di luar negara akan dibuka oleh broker tersebut dengan menggunakan nama keldai penggubahan wang haram.

Akaun N 26 adalah perkhidmatan kewangan digital yang ditubuhkan di Berlin pada tahun 2013 beroperasi Eropah, Amerika dan beberapa negara kewangan pesisiran pantai.

Keldai penggubahan wang haram tersebut mestilah seorang warganegara kepada negara di mana akaun N 26 beroperasi.

Ia merupakan syarat yang telah ditetapkan untuk menggunakan perkhidmatan N 26.



Selepas itu akan diaturkan kononnya bekas menteri tersebut akan dijemput untuk memberikan ceramah di luar negara.

Secara kebetulan pula, bekas menteri tersebut merupakan seorang yang dikenali sebagai seorang orator muda yang hebat.

Dan duit komisyen tersebut akan dikreditkan terus kepada akaun bekas menteri tersebut kononnya sebagai bayaran ceramah yang diberikan.

Sekiranya benar seperti apa yang Shafiq Fhadly dakwa, pihak SPRM mesti menyiasat isu yang dibangkitkan dengan segera.



Mengambil upah kerana membocorkan maklumat tender kerajaan adalah perbuatan jenayah rasuah.

Dan menerima komisyen dari perbuatan jenayah tersebut dengan ditukarkan sebagai bayaran syarahan, jelas adalah perbuatan penggubahan wang haram.

Setiap sen yang telah diambil, mesti dikembalikan kepada rakyat dan negara.

 



Bekas Menteri 5% Bakal Di Siasat Bawah AMLA

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button