Hanyut 25km selepas terjatuh bot

Mayat dijumpai selepas operasi ditangguhkan

Hanyut 25km selepas terjatuh bot

Hanyut 25km selepas terjatuh bot, mayat dijumpai selepas operasi ditangguhkan
Lelaki yang hilang selepas hanyut terjatuh daripada bot dinaiki di Sungai Perak ketika memancing bersama dua rakannya di Kampung Sungai Jarau, Kati, ditemukan mati kira-kira 25km dari lokasi dia dilaporkan terjatuh bot. NSTP/Ihsan JBPM

KUALA KANGSAR: Lelaki yang hilang selepas hanyut terjatuh daripada bot dinaiki di Sungai Perak ketika memancing bersama dua rakannya di Kampung Sungai Jarau, Kati, di sini, ditemukan mati kira-kira 25 kilometer (km) dari lokasi dia dilaporkan terjatuh bot.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Shamsul Razman Abd Halim, berkata mayat Muhammad Faiz Azman, 33, dijumpai orang awam jam 5.30 petang tadi dalam keadaan tersangkut di pulau kecil di Sungai Perak dekat Kampung Buaya, di sini.

Katanya, mayat mangsa yang juga seorang kerani sekolah dijumpai selepas operasi mencari mangsa ditangguhkan jam 5 petang tadi untuk disambung semula pagi esok susulan keadaan cuaca hujan lebat di sepanjang lokasi pencarian.



“Kerja-kerja mengambil mayat mangsa sedang dilakukan dan mayat akan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Shamsul Razman berkata, operasi yang bersambung semula jam 9 pagi ini membabitkan seramai 48 anggota meliputi bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), badan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam selain penggunaan 12 bot termasuk lapan bot orang awam.

Semalam, media melaporkan lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Faiz hanyut selepas terjatuh bot yang dinaiki mangsa bersama dua rakan dikatakan melanggar batu di tengah sungai berhampiran Kampung Tahan jam 9.51 malam kelmarin.

Hanyut 25km selepas terjatuh bot



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button