Peluang Manchester United pamer kebangkitan

Peluang Manchester United pamer kebangkitan

Peluang Manchester United pamer kebangkitan
RASHFORD (depan) masih gagal menjaringkan gol walaupun diberikan kepercayaan berada dalam kesebelasan utama sebanyak sembilan kali musim ini.– AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag membayangkan akan melakukan perubahan pemain untuk menghadapi Newcastle Uni­ted menjelang aksi pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) di Old Trafford awal pagi esok.

Walaupun sering menggunakan pemain sama, pengurus berusia 53 tahun itu merasakan The Red Devils masih memiliki ramai pemain berkualiti dan perlu diberikan peluang untuk menyerlahkan potensi terutamanya Alejandro Garnacho.

Masalah serangan United cukup ketara ketika Marcus Rashford kini masih gagal menjaringkan gol walaupun sembilan kali membarisi kesebelasan utama.



Dalam masa sama, Ten Hag mengakui, motivasi pasukannya kini berada pada tahap paling rendah, namun beliau enggan terlalu melayan kritikan kerana percaya anak-anak buahnya sudah bersedia berdepan cabaran akan datang.

“Sudah pasti kami berada pada motivasi paling rendah. Namun, kami akan mengembalikan tenaga dan bersedia sedia untuk menghadapi perlawanan selepas ini,” katanya.

Sebelum ini, legenda United, Roy Keane meluahkan kebimbangannya terhadap bekas pa­sukannya itu yang mampu tergelincir ke kedudukan lebih rendah selepas tewas 0-3 kepada Manchester City.

Beliau secara terang-terangan menggesa Ten Hag agar melucutkan peranan kapten daripada Bruno Fernandes. – AGENSI



Peluang Manchester United pamer kebangkitan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gerakan jatuhkan Muhyiddin sudah bermula?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button