Saka tak bimbang ‘diserang’ burnout
Saka tak bimbang ‘diserang’ burnout
LONDON – Bintang Arsenal, Bukayo Saka menyahut cabaran pengurusnya, Mikel Arteta untuk bermain 70 perlawanan musim ini tanpa peduli mengenai masalah kelesuan melampau (burnout) yang boleh menyerang dirinya.
Saka, 22, bermain semua perlawanan dengan The Gunners musim ini kecuali satu aksi sahaja ketika menewaskan Manchester City 1-0 disebabkan mengalami masalah hamstring.
Ketahanan fizikal pemain sayap England itu menjadi aset utama buat Arsenal yang dijangka kekal menurunkannya menentang West Ham United pada aksi pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) di Stadium London awal pagi esok.
“Lihat semua pemain hebat di dunia, mereka bermain 70 perlawanan dan setiap tiga hari tetapi masih membawa perubahan memenangi perlawanan. Jika saya mahu berada pada tahap itu, saya juga perlu lakukannya.
“Saya rasa tidak mustahil kerana saya seorang yang suka berada di atas padang. Saya akan berikan yang terbaik setiap kali diturunkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Najib dicipta tergesa gesa, Pendakwa terpaksa alih tiang gol elak kekalahan
- 4 Negeri PAS Bakal Di Jadikan Pusat Penggubahan Wang Haram?
- Tubuhkan RCI Untuk Siasat Pembaziran Lebih RM1 Bilion Pembelian PPE, Vaksin & Ventilator Ketika Covid-19
- Antara YDP Agong Ke 17, Mahathir Dan Pulau Batu Puteh
“Saya tak pernah terfikir mengenai burnout, cumanya tiada apa yang saya dapat lakukan kalau saya mengalami kecederaan. Jika itu berlaku, saya terpaksa akur tidak dapat bermain,” kata Saka.
Penyerang utama, Gabriel Jesus hampir pasti tidak beraksi menentang West Ham kerana belum pulih daripada masalah hamstring, begitu juga Jurrien Timber yang masih menjalani pemulihan Anterior Cruciate Ligament (ACL). – AGENSI
Saka tak bimbang ‘diserang’ burnout
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Raja Spin Cuba Pertahankan Raja Sakau
- Politik Pulau Pinang Bergolak Lagi
- Bila Mat Jargon Cuba Nak Jadi Hero
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :