De Bruyne bawa City hampiri kejuaraan

WOLVERHAMPTON, United Kingdom: Pep Guardiola menggambarkan prestasi Kevin De Bruyne sebagai “lebih daripada sempurna” selepas pemain Belgium itu meledak empat gol ketika membelasah Wolves 5-1 yang membawa Manchester City semakin menghampiri gelaran Liga Perdana.

Skuad kendalian Pep Guardiola kini tiga mata di depan Liverpool berbaki dua perlawanan dan perbezaan gol mereka lebih tujuh berbanding Reds.

City hanya memerlukan empat mata daripada kunjungan ke West Ham Ahad ini dan Aston pada hari terakhir musim untuk dimahkotakan sebagai juara buat kali keempat dalam lima tahun.



Dan dengan prestasi ditunjukkan De Bruyne, mereka boleh berehat seketika apabila bintang Belgium itu menampilkan persembahan terbaiknya bagi membenam tuan rumah menerusi hatrik dalam tempoh 24 minit.

“Babak kedua liga lebih daripada sempurna,” kata Guardiola mengenai prestasi De Bruyne. “Dia hebat. Dia sentiasa ada naluri untuk membuat hantaran, tapi dia kini lebih tajam. Dia ada naluri untuk menjaringkan gol.

“Dia banyak menjaringkan gol, ini menjadikan dia terhebat. Menjaringkan empat gol dalam perlawanan penting liga ketika ini amatlah mustahak.

Semalam City mendedahkan mereka berjaya mengatasi kelab utama Eropah yang lain bagi mendapatkan tandatangan Erling Haaland.



Bagaimanapun pemain Norway itu sendiri pastinya bergelut untuk melakukan penyudah daripada kedua-dua kali seperti dilakukan De Bruyne.

“Kaki kanan saya lebih kuat tetapi saya tidak takut untuk menyepak dengan kaki kiri kerana ia boleh mencipta masalah buat lawan,” kata De Bruyne. “Apabila anda ada peluang, jangan teragak-agak.”

Jaringan hatrik De Bruyne adalah ketiga terpantas dalam sejarah Liga Perdana dan yang pertama sejak dia bermain buat Genk 11 tahun lalu.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button