Mahkamah ketepi DNAA Inspektor Sheila aib anggota, 3 kes diteruskan

Mahkamah ketepi DNAA Inspektor Sheila aib anggota, 3 kes diteruskan

Mahkamah ketepi DNAA Inspektor Sheila aib anggota, 3 kes diteruskan
Sheila Sharon Steven Kumar, 35, atau lebih dikenali Inspektor Sheila. – BERNAMA

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret Selayang sebelum ini yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) seorang pegawai polis wanita dikenali ‘Inspektor Sheila’ daripada pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Norsharidah Awang selepas mengambil kira pertuduhan berkenaan tidak dibacakan ke atas tertuduh atau nama sebenarnya, Sheila Sharon Steven Kumar, 35, di mahkamah berkenaan pada 26 Jun lalu dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan majistret, seperti mana dikehendaki mengikut undang-undang.

Justeru, hakim memutuskan untuk membenarkan rayuan pegawai polis berkenaan bagi mengetepikan keputusan DNAA yang dibuat mahkamah majistret berkenaan ketika itu.



“Rayuan dibenarkan dan perintah DNAA yang dikeluarkan majistret pada 26 Jun lalu diketepikan,” kata Hakim melalui penghakiman ringkasnya.

Keputusan dibuat Hakim itu bagaimanapun tidak menjejaskan perjalanan tiga lagi pertuduhan dihadapi Sheila, yang mana pengakuannya juga direkodkan pada 26 Jun lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu telur tembelang MRSM Kuala Klawang disiasat



 


Malah, tarikh perbicaraan untuk ketiga-tiga kes itu sudah ditetapkan selama tiga hari bermula 5 Februari tahun depan.

Terdahulu, peguam mewakili Sheila, M Manoharan, berkata timbalan pendakwa raya memaklumkan Mahkamah Majistret Selayang bahawa anak guamnya mendapat DNAA disebabkan ‘masalah teknikal’ ketika kes didaftarkan di Mahkamah Majistret Selayang.

Manoharan berkata majistret terkhilaf membenarkan DNAA bagi pertuduhan pada 26 Jun lalu kerana tiada tuduhan dikenakan terhadap anak guamnya untuk kes itu di mahkamah berkenaan.

Difahamkan, berlaku pertindanan menyebabkan kes sama dijadual dibacakan di dua mahkamah majistret berbeza ketika itu sebelum majistret memutuskan DNAA untuk satu daripada pertuduhan yang bertindih.



Pada 26 Jun lalu, pegawai polis wanita itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang atas tiga pertuduhan ugutan dan mengaibkan anggota bawahan serta orang awam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gerakan jatuhkan Muhyiddin sudah bermula?


Dia didakwa mengugut seorang wanita dengan niat mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.



Sheila juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki dengan berkata; “You tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu” mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi tuduhan ketiga, Sheila mengaku tidak bersalah menyebut pangkat lans koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatannya.

Mahkamah ketepi DNAA Inspektor Sheila aib anggota, 3 kes diteruskan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gerakan jatuhkan Muhyiddin sudah bermula?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading