Peniaga kedai runcit rugi RM200,000 terpedaya pelaburan dalam talian

Peniaga kedai runcit rugi RM200,000 terpedaya pelaburan dalam talian

Peniaga kedai runcit rugi RM200,000 terpedaya pelaburan dalam talian
Foto hiasan

KUCHING: Peniaga kedai runcit kerugian RM200,000 selepas terpedaya skim pelaburan dalam talian yang menjanjikan keuntungan lumayan di laman sosial.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata mangsa lelaki berusia awal 50-an berasal dari daerah Padawan membuat laporan polis berhubung kes itu semalam.

“Mangsa tertarik dengan satu pelaburan saham ketika melayari Facebook pada awal September lalu.



“Dia kemudian telah berurusan dengan ejen pelaburan tidak dikenali melalui Whatsapp, sebelum nombor telefon mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan Whatsapp pelaburan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek seterusnya memberi penerangan cara membuat pelaburan dan mangsa diminta membeli saham dengan membuat bayaran ke akaun bank diberikan suspek.

“Selain itu, mangsa turut dijanjikan keuntungan 30 peratus ke atas pelaburan yang dibuatnya.

“Mangsa telah melakukan lapan transaksi pemindahan dengan wang keseluruhan berjumlah RM200,000 secara dalam talian dan melalui kaunter bank kepada empat akaun syarikat berbeza pada awal September 2023 sehingga pertengahan Oktober ini bagi tujuan pelaburan terbabit,” katanya.



Beliau berkata, mangsa hanya menyedari ditipu setelah tidak mendapat apa-apa keuntungan seperti yang dijanjikan, malah suspek meminta mangsa membuat pembayaran tambahan selepas itu.

“Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis untuk siasatan selanjutnya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,

Peniaga kedai runcit rugi RM200,000 terpedaya pelaburan dalam talian

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gerakan jatuhkan Muhyiddin sudah bermula?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button