Bekas Menteri Zionis Mahu Gaza Di Lenyapkan Terus!!!

Bekas Menteri Zionis Mahu Gaza Di Lenyapkan Terus!!!

Bekas Menteri Zionis Mahu Gaza Di Lenyapkan Terus!!!

Bekas Menteri Komunikasi Zionis, Galit Distel Atbaryan, mahu supaya Semenanjung Gaza dihapuskan dari muka bumi.

Kenyataan biadab Galit Distel Atbaryan itu dimuat naik ke dalam akaun Facebook beliau.

Selain mencadangkan penghapusan Gaza, Distel Atbaryan turut menggelar penduduk Palestin di Tebing Barat sebagai Nazi.



“Gaza perlu dihapuskan dan Nazi di Tebing Barat juga perlu disasarkan”.

“Kita memerlukan askar Israel yang pendendam dan ganas untuk misi ini,” katanya.

Distel Atbaryan meletak jawatan sebagai menteri pada 12 Oktober lalu selepas pejabatnya ditutup berikutan penyusunan semula sumber kerajaan berikutan perang ke atas Gaza.

Bekas pengulas media berhaluan kanan itu sebelum ini telah banyak mengeluarkan kenyataan biadab yang menghasut dan kontroversi.



Senada dengan beliau, Menteri Pertahanan Yoav Gallant turut menggelar rakyat Palestin sebagai haiwan.

Pengulas politik terkemuka Eliyahu Yossian pula baru-baru ini berkata:

“Anda perlu memasuki Gaza pada kemuncak keganasan, dengan tujuan membalas dendam, moral sifar, mayat maksimum”.

Sementara itu, bekas ahli Parlimen sayap kanan, Moshe Feiglin, berkata:



“Satu-satunya penyelesaian adalah kemusnahan sepenuhnya Gaza seperti di Dresden dan Hiroshima, tanpa senjata nuklear”.

Begitulah kejam dan angkuhnya puak Zionis Israel.

Sangat dikesali, di sebalik kekejaman dan penghinaan Zionis Israel terhadap saudara kita di Palestin, negara Arab yang berjiran dengan Palestin masih bersikap teragak-agak.

Persidangan Liga Arab baru-baru ini dilaporkan berakhir tanpa ada sebarang persetujuan dari negara Arab untuk membantu Palestin memerangi Zionis Israel.



Kita sentiasa mengharapkan bantuan dari Allah SWT untuk membantu saudara kita di Palestin.

Tetapi, apakah mungkin akan datang bantuan dari Allah SWT sedangkan kita sendiri berpecah belah dan tidak ada kata sepakat?

 

Bekas Menteri Zionis Mahu Gaza Di Lenyapkan Terus!!!

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button