Mungkinkah MyOnePAS Adalah Platfom Penggubahan Wang Haram?
Mungkinkah MyOnePAS Adalah Platfom Penggubahan Wang Haram?
Baru-baru ini ketika Muktamar PAS, presiden PAS, Hadi Awang telah melancarkan aplikasi MyOnePAS.
Antara ciri-ciri yang ditawarkan dalam aplikasi tersebut adalah SkimPas, Pasti, PasNews, PasPay, PasPoll, PasMonitor, PasApps, PasDeal, PasMoney, Pas Experience, Pas999 dan PasData.
Selain dari itu aplikasi ini juga menyediakan kemudahan kad fizikal MyOnePAS Mastercard,.
Kad MyOnePAS Mastercard berfungsi seperti kad debit dengan menyediakan fungsi e-wallet sepenuhnya.
Ia juga menawarkan fungsi e-wallet, cashless dan QR payment.
Pengguna boleh top up untuk kegunaan e-wallet dan juga untuk kad.
Secara dasarnya, penulis bersetuju ini adalah satu pencapaian baru bagi parti PAS.
@yapxiang_ Replying to @nicco ✧ Adakah PAS Tengah Ikut Jejak Scammer? ➡️ Part I @Yap Xiang 🇲🇾 #malaysia #malaysiatiktok #malaysiafyp #fyp #MyOnePAS
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Namun timbul satu persoalan besar di sini.
Mengapakah aplikasi MyOnePAS tidak boleh dimuat turun melalui Google Play atau pun Apple Store?
Kenapa aplikasi tersebut hanya boleh dimuat turun melalui Android Package Kit (APK) sahaja?
Apakah ada bezanya antara aplikasi yang dimuat turun melalui Google Play atau pun Apple Store dengan aplikasi yang dimuat turun melalui APK?
Semua aplikasi yang dimuat turun melalui Google Play atau Apple Store akan melalui tapisan keselamatan.
Ianya bertujuan untuk mencegahkan dari pengguna memuat turun aplikasi yang dibangunkan oleh scammer, terutamanya yang melibatkan duit.
Tetapi aplikasi yang dimuat turun dari APK tidak akan melalui tapisan keselamatan tersebut.
Kebiasaannya hanya scammer yang akan meminta pengguna memuat turun aplikasi mereka melalui APK.
Ianya untuk mengelakkan dari kegiatan mereka dikesan dalam tapisan keselamatan yang dilakukan oleh Google Play atau Apple Store.
Malah Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah mengeluarkan amaran akan risiko yang bakal dihadapi sekiranya kita memuat turun aplikasi melalui APK.
Mungkinkah MyOnePAS Adalah Platfom Penggubahan Wang Haram?
Penulis difahamkan sudah hampir sedekad mpay prabayar Mastercard cuba menembusi pasaran tetapi tidak mendapat sambutan.
Pengguna sekarang lebih selesa dengan kad debit, di mana ianya boleh mendidik pengguna berbelanja secara berhemah tanpa sebarang charge tambahan.
Setiap pengguna yang memuat turun aplikasi MyOnePAS tidak semestinya menggunakan kemudahan MyOnePAS Mastercard.
Tetapi data peribadi mereka akan disimpan dalam data bank PasData.
Tanpa tapisan keselamatan, data peribadi pengguna yang tersimpan dalam data bank PasData boleh dimanipulasi untuk dijadikan platfom penggubahan wang haram.
Pengguna yang berdaftar dengan MyOnePAS tetapi tidak menggunakan MyOnePAS Mastercard boleh didaftarkan sebagai pengguna Mastercard tersebut.
Sekiranya sejuta data peribadi pengguna dimanipulasi dengan top up sebanyak RM1,000, berapa banyak wang haram boleh dicuci.
Bukankah ianya akan menjadi satu platfom penggubahan wang haram berlesen yang terbesar?
Penulis bukan menuduh, tetapi itulah yang boleh terjadi dan mungkin akan terjadi.
Mungkinkah MyOnePAS Adalah Platfom Penggubahan Wang Haram?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Peguam Negara Tolak Representasi, Saudagar Minyak Masak Di Heret Ke Mahkamah
- Dokumen Rancangan Zionis Halau Penduduk Gaza Terbongkar
- Isu Ventilator Rosak: KJ ‘Taichi’ Kepada Adham Baba