Dua bot nelayan asing ditahan Maritim Malaysia

Dua bot nelayan asing ditahan Maritim Malaysia

Dua bot nelayan asing ditahan Maritim Malaysia
Dua bot nelayan asing ditahan Maritim Malaysia

KUALA TERENGGANU: Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, menahan dua bot nelayan Vietnam menerusi Op Naga Barat, Jumaat lalu, kerana menceroboh perairan negara.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten (M) Mohd Khairulanuar Abd Majid, berkata kedua-dua bot terbabit masing-masing ditahan di kedudukan 155 dan 156 batu nautika dari Kuala Terengganu, kira-kira jam 8.30 dan jam 9 pagi.

Katanya, ketika rondaan, Maritim Malaysia mengesan dua bot nelayan Vietnam disyaki sedang melakukan aktiviti penangkapan hasil laut di perairan Malaysia tanpa kebenaran.



“Selepas pemeriksaan, kami menahan 21 kru termasuk tekong. Selain itu, bot, hasil tangkapan, diesel dan peralatan menangkap ikan bernilai hampir RM3 juta turut dirampas.

“Semua mereka dibawa ke jeti Maritim Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut dan mereka yang ditahan turut menjalani saringan COVID-19 sebagai langkah pencegahan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963.

Dua bot nelayan asing ditahan Maritim Malaysia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wajarkah UMNO Terima Kembali KJ



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button