Krisis Perikatan Nasional, Dilemma Muhyiddin dan Hadi

Oleh – Bakhtiar Omar


Krisis Perikatan Nasional, Dilemma Muhyiddin dan Hadi

Krisis Perikatan Nasional yang kehilangan sokongan dari kalangan Ahli Parlimen menyebabkan Muhyiddin Yassin dan Hj Hadi Awang berada dalam dilemma.



Tamparan terhadap kepimpinan Muhyiddin selaku Presiden BERSATU lebih meninggalkan kesan apabila 3 wakil mereka menyatakan sokongan kepada PMX.

Sebagai ‘Abang Besar’ dalam Perikatan Nasional, apa yang berlaku amat memalukan. Muhyiddin nampak sudah tidak mampu mencengkam kesetiaan ahli parti dan BERSATU pula sekarang berdepan konflik dalaman.

Selepas Kuala Kangsar, Labuan, semalam Gua Musang turut mengalihkan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Krisis Perikatan Nasional, Dilemma Muhyiddin dan Hadi



GUNA ‘BUDAK’ SIAPA UNTUK PROPAGANDA KERJASAMA MUHYIDDIN-NAJIB?

Krisis Perikatan Nasional, Dilemma Muhyiddin dan Hadi

Mendapati situasi semakin mencemaskan, dipercayai ada komplot untuk mengambil peluang menggunakan nama Najib Razak sebagai solusi terbaru menyelamatkan kedudukan Muhyiddin sebagai Presiden BERSATU.

Secara tiba-tiba, seorang pemimpin tertinggi BERSATU menyatakan Muhyiddin sedia untuk bekerjasama bukan sahaja dengan Najib Razak malah Tun Mahathir turut dinamakan sebagai kerjasama baru.

Dipercayai gerakan ini telah berunding dengan pihak tertentu yang nampak seperti penyokong Najib Razak untuk berkempen bagi menyakinkan semua pihak bahawa Muhyiddin mampu membantu Najib.



Krisis Perikatan Nasional, Dilemma Muhyiddin dan Hadi

Malangnya, propaganda ini tidak diterima sama sekali oleh penyokong Najib Razak dan Umno. Bagaimana berlakunya pengkhianatan Muhyiddin terhadap Umno dan Najib masih terbayang di mata semua ahli Umno serta penyokong.

Kini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sedang memerhati krisis ini dan meneliti segala kemungkinan yang boleh berlaku. Samada PAS masih mahu meletakkan Muhyiddin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional atau mengesyorkan agar jawatan tersebut diberikan kepada PAS buat sementara waktu sehingga krisis diselesaikan.

Jalan paling selamat untuk Muhyiddin lakukan ialah serahkan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional kepada PAS dan selesaikan masalah dalaman BERSATU yang kian meruncing. Jika tidak, ada kemungkinan BERSATU tidak lagi wujud apabila menjelang PRU16 kelak.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button