Benarkah Syed Saddiq Menjadi Mangsa Kezaliman Politik Dendam

Benarkah Syed Saddiq Menjadi Mangsa Kezaliman Politik Dendam

Benarkah Syed Saddiq Menjadi Mangsa Kezaliman Politik Dendam

Ramai penyokong Syed Saddiq yang pertikaikan Kerajaan Perpaduan berkenaan hukuman mahkamah terhadap Syed Saddiq.

Kononnya Syed Saddiq hanya didapati bersalah dan dihukum sebab tarik sokongan dan kuat mengkritik kerajaan perpaduan.

Benarkah begitu?



Mari kita lihat fakta yang cuba disembunyikan.

Syed Saddiq hanya mula kritik Kerajaan Perpaduan dan tarik sokongan setelah dia selesai membela diri di mahkamah pada bulan April lalu.

Atau daslam artikata lain, setelah pembelaan kes dia sudah semakin lemah.

Tetapi sebelum itu, dia juga yang kuat sokong Pakatan Harapan.



Malah beliau bertanding atas tiket Pakatan Harapan pada PRU14 dan PRU15.

Benarkah hukuman penjara 7 tahun, 2 sebatan rotan dan denda RM10 juta terhadap kes RM1.1 juta adalah terlalu berat?

Sebenarnya hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta (iaitu RM5 bagi setiap RM1 yang disedekahkan) terhadap DS Najib adalah lebih berat.

DS Najib disahkan telah sedekahkan sekurang-kurangnya RM890 juta yang beliau terima.



Dan ia adalah dari dana yang sah termasuk dari Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Fakta perbicaraan nengesahkan DS Najib tidak pernah arahkan atau minta dana RM42 juta dari SRC.

Di samping telah secara terancang dihalang untuk mengetahui kedudukan akaun bank serta tidak menguruskan akaun bank sendiri.

Jelas DS Najib telah suruh BNM dan Ambank untuk pantau akaun dia dan tidak pernah gunakan dana tersebut untuk peribadi.



Sanggup Menggunakan Ibubapa Sendiri Untuk Melepaskan Diri

Bagi Syed Saddiq pula, dia yang arahkan dana tersebut untuk dikeluarkan dan dimasukkan ke akaun bank dia.

Serta dia yang urus akaun bank sendiri, dia sendiri yang beli unit ASB atas namanya dengan dana haram tersebut.

Lebih teruk lagi, Syed Saddiq turut mempergunakan ibu bapa sendiri untuk menipu.

Seluruh rakyat ditipu kononnya wang tunai RM250 ribu yang dicuri dari parti kononnya adalah dari ibu bapa dia untuk tujuan ubah suai rumah yang dia akan beli.



Ubah suai rumah yang belum lagi menjadi milik beliau?

Adakah kontraktor ubah suai tidak boleh dibayar melalui cek ataupun bayaran atas talian dan mesti dibayar dengan tunai?

Kita berada di kurun ke 21, bukannya kurun ke 20.

Bukti perbualan grup WhatsApp juga membuktikan bahawa alasan duit tersebut dari ibu bapa adalah rekaan semata-mata.



Syed Saddiq menipu rakyat dan lebih memualkan beliau heret sama ibubapa beliau dalam penipuan tersebut.

Bolehkah kita terima seorang yang sanggup mempergunakan orang tua sendiri untuk memberi kenyataan palsu kepada PDRM dan SPRM dalam cubaan melepaskan diri?

 

Benarkah Syed Saddiq Menjadi Mangsa Kezaliman Politik Dendam

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button