Pemimpin PAS Terus Menunggang Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan Untuk Kekalkan Populariti

Pemimpin PAS Terus Menunggang Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan Untuk Kekalkan Populariti

Pemimpin PAS Terus Menunggang Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan Untuk Kekalkan Populariti

Sebelum penulis mengupas tajuk di atas dengan lebih lanjut, penulis perlu membuat pengakuan bahawa penulis tidak pernah mengenali siapa Nik Elin dan anak beliau.

Penulis juga bukan seorang beragama Islan yang menentang hukum hudud.

Tetapi penulis menentang manusia yang memanggil diri mereka ustaz atau ulamak palsu.



Yang menjual agama dan iman mereka untuk kepentingan peribadi.

Sebelum ini penulis ada menyiarkan artikel Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, Apa Tujuan Demo PN Sebenarnya?

Dalam artikel tersebut penulis menjelaskan, yang dipersoalkan adalah kuasa kerajaan Kelantan menggubal undang-undang tersebut.

20 perkara yang digubal pada tahun 2019 jelas bertindih dengan undang-undang Kanun Keseksaan di peringkat pusat.



Sebelum menggubal undang-undang negeri, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu.

Sekiranya PAS benar-benar ikhlas mempertahankan hukum hudud, PAs mempunyai peluang untuk meminda perlembagaan ketika Idris Ahmad dan Takiyuddin menjadi menteri.

Terkini, Menteri Besar Kelantan, Nassuruddin Daud menyifatkan cubaan membatalkan undang-undang Islam sama seperti cuba membatalkan Al-Quran dan hadis.

Faktanya, di manakah pakar undang-undang PAS ketika Kerajaan PAS Kelantan meminda Enakmen Undang Undang Syariah Kelantan?



Sangat mustahil mereka tidak menyedari pertindihan yang berlaku.

Bukankah Takiyuddin adalah seorang peguam kanan?

Atau PAS sebenarnya telah menyediakan isu ini dan memanipulasikannya apabila tiba waktunya?

Sekiranya ini adalah keadaannya, layakkah pemimpin PAS memanggil diri mereka sebagai pejuang syariat Islam melalui politik?



Gunakanlah politik untuk memartabatkan agama dan bukannya menggunakan agama untuk mendapatkan sedikit keuntungan dunia.

Pemimpin PAS Terus Menunggang Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan Untuk Kekalkan Populariti

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button