Catat momentum positif
Catat momentum positif
PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menerusi Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan (PPSPP) berjaya menembusi 55 pasaran baru dunia termasuk Australia, Greece, Chile dan Mauritius.
Pengerusi Matrade Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sumbangan besar eksport syarikat peringkat pertengahan ini juga telah berjaya memperkasakan pembangunan rantaian bekalan domestik yang menjadi tunjang utama ke arah memperkukuhkan daya saing syarikat peringkat pertengahan di pasaran global.
Katanya, ini terbukti apabila lebih 9,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terbabit dalam rantaian bekalan eksport syarikat-peringkat pertengahan, lonjakan 23 peratus berbanding 2021.
“Syarikat peringkat pertengahan di bawah program PPSPP ini juga mencatatkan jumlah pendapatan tahunan secara kumulatif RM33.90 bilion pada 2022, di mana 61 peratus atau RM20.90 bilion daripada hasil dijana melalui eksport.
“Pendapatan eksport ini mencatatkan pertumbuhan dua digit 17.6 peratus, berbanding pada 2021.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Syed Saddiq Menjadi Mangsa Kezaliman Politik Dendam
- Mampukah PPBM Bertahan Sehingga PRU 16?
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal
“Kajian impak ini juga mendapati bahawa lebih 5,500 peluang pekerjaan baharu berjaya diwujudkan terutamanya yang berkemahiran tinggi seperti kejuruteraan dan teknikal iaitu peningkatan sebanyak 35 peratus berbanding 2021.
“Syarikat peringkat pertengahan juga menyumbang kepada peningkatan kemahiran dan kemahiran semula tenaga buruh untuk memenuhi keperluan industri,” katanya pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Peringkat Pertengahan (MTC CEO Summit 2023) di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Matrade Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz.
Catat momentum positif
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikap Pemimpin Liga Arab – Islam Mengecewakan Dunia Islam
- Berdepan Tindakan Undang Undang, Siti Mastura Cuba Alih Tiang Gol
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :