Catat momentum positif

Catat momentum positif

Catat momentum positif
PEMANDANGAN udara projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang diambil berdekatan Plaza Tol Changkat Jering. Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) melibatkan kos pembinaan keseluruhan berjumlah RM5.044 bilion dengan RM3.122 bilion adalah kos bagi pakej pembinaan di Selangor manakala RM1.922 bilion lagi membabitkan pakej pembinaan di Perak. Projek dijangka siap secara sepenuhnya pada 2025 itu akan merentasi Banting, Selangor sehingga Taiping, Perak melibatkan jajaran sejauh 233 kilometer (KM) yang dibina bertujuan untuk melancarkan aliran trafik ke bahagian utara Semananjung Malaysia.

PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menerusi Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan (PPSPP) berjaya menembusi 55 pasaran baru dunia termasuk Australia, Greece, Chile dan Mauritius.

Pengerusi Matrade Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sumbangan besar eksport syarikat peringkat pertengahan ini juga telah berjaya memperkasakan pembangunan rantaian bekalan domestik yang menjadi tunjang utama ke arah memperkukuhkan daya saing syarikat peringkat pertengahan di pasaran global.

Katanya, ini terbukti apabila lebih 9,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terbabit dalam rantaian bekalan eksport syarikat-peringkat pertengahan, lonjakan 23 peratus berbanding 2021.



“Syarikat peringkat pertengahan di bawah program PPSPP ini juga mencatatkan jumlah pendapatan tahunan secara kumulatif RM33.90 bilion pada 2022, di mana 61 peratus atau RM20.90 bilion daripada hasil dijana melalui eksport.

“Pendapatan eksport ini mencatatkan pertumbuhan dua digit 17.6 peratus, berbanding pada 2021.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Kajian impak ini juga mendapati bahawa lebih 5,500 peluang pekerjaan baharu berjaya diwujudkan terutamanya yang berkemahiran tinggi seperti kejuruteraan dan teknikal iaitu peningkatan sebanyak 35 peratus berbanding 2021.

“Syarikat peringkat pertengahan juga menyumbang kepada peningkatan kemahiran dan kemahiran semula tenaga buruh untuk memenuhi keperluan industri,” katanya pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Peringkat Pertengahan (MTC CEO Summit 2023) di sini, semalam.



Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Matrade Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz.

Catat momentum positif


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kes Pembunuhan Altantuya: Ada Yang Lebih Penting Di Bongkarkan Selain Usaha Membawa Pulang Sirul Azhar



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button