Labur RM140j laksana sistem tenaga solar
Labur RM140j laksana sistem tenaga solar
JLAND Group (JLG) dan Cenergi SEA Bhd menandatangani usaha sama untuk melabur sejumlah RM140 juta bagi melaksanakan sistem tenaga solar atas bumbung dan penyelesaian cekap guna tenaga bagi pengguna komersial dan perindustrian di semua taman perindustrian JLG seluas 4,479.50 hektar di di Johor.
JLG ialah cabang hartanah dan infrastruktur Johor Corporation (JCorp) manakala Cenergi pula anak syarikat UEM Group Bhd.
JLG dan Cenergi dalam kenyataan berkata, menerusi usaha sama strategik itu, kedua-dua pihak akan melabur, memasang, mengendalikan operasi dan menyenggarakan peralatan solar atas bumbung serta melaksanakan penyelesaian cekap guna tenaga.
“Pelaburan fasa pertama dijangka menjana tenaga elektrik hijau kira-kira 13,000 megawatt sejam (MWh) dan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 8,000 tan setahun daripada para pengguna komersial dan perindustrian,” katanya.
Pengarah Hartanah dan Infrastruktur JCorp dan Timbalan Pengerusi JLG, Datuk Akmal Ahmad berkata, dengan meningkatkan capaian kepada penyelesaian tenaga lestari di lokasi menerusi model perbelanjaan modal sifar, JLG bertekad untuk menyokong penyewa dalam usaha memenuhi aspirasi sektor perindustrian untuk mencapai pertumbuhan lestari, di samping memenuhi keperluan sebagai perniagaan yang bertanggungjawab.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Syed Saddiq Menjadi Mangsa Kezaliman Politik Dendam
- Mampukah PPBM Bertahan Sehingga PRU 16?
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal
Pemimpin PAS Terus Menunggang Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan Untuk Kekalkan Populariti
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cenergi, Hairol Azizi Tajudin berkata, penyelesaian solar atas bumbung akan membantu pemilik kilang dan perniagaan di taman-taman perindustrian itu menjimatkan kos bil elektrik sehingga 30 peratus, manakala penyelesaian cekap guna tenaga sedia menghasilkan penjimatan lagi 10 hingga 20 peratus.
“Syarikat perniagaan akan dapat mengurangkan jejak karbon masing-masing dengan ketara dan mencapai tahap Indeks Tenaga Bangunan (BEI) yang optimum, selaras dengan syarat baharu Akta Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga (EECA) 2023.
“Langkah ini memang diambil tepat pada masanya dalam usaha Malaysia mencapai pelepasan bersih sifar seawal 2050,” katanya.
Labur RM140j laksana sistem tenaga solar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikap Pemimpin Liga Arab – Islam Mengecewakan Dunia Islam
- Berdepan Tindakan Undang Undang, Siti Mastura Cuba Alih Tiang Gol
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :