MPOB perluas produk berasaskan minyak sawit untuk syarikat di China
MPOB perluas produk berasaskan minyak sawit untuk syarikat di China
MALAYSIA menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneruskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk memperluas produk nilai tambah berasaskan minyak sawit untuk syarikat di China mengeksportnya ke wilayah Muslim di negara itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, setakat ini terdapat beberapa produk yang sedang dikomersialkan di China hasil daripada usaha Institut Penyelidikan dan Perkhidmatan Teknikal Sawit MPOB (PORTSIM).
“Setakat ini, kita amat berpuas hati dengan apa dihasilkan dan seterusnya kita perlu lihat bagaimana kita boleh perluaskan lagi penghasilan produk yang dapat dihasilkan dari PORTSIM yang sesuai dengan cita rasa dan kesesuaian pasaran di China.
“PORTSIM berjaya memberikan solusi dan membantu pihak industri menggantikan kaedah pengeluaran mereka dengan menggunakan minyak sawit,” katanya kepada media selepas lawatan beliau ke PORTSIM, di sini, kelmarin.
Malaysia, Indonesia tangkis tohmahan terhadap minyak sawit
Fadillah berkata, sebelum ini syarikat di negara tersebut menggunakan bahan lain bagi penghasilan produk mereka tetapi kini bagi memenuhi permintaan pasaran lebih besar mereka menggantikannya dengan menggunakan minyak sawit yang diiktiraf halal.
Seterusnya, katanya, institut penyelidikan itu juga sedang meneliti produk kesihatan berasaskan tanaman serba boleh, tokotrienol.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Syed Saddiq Menjadi Mangsa Kezaliman Politik Dendam
- Mampukah PPBM Bertahan Sehingga PRU 16?
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal
Pemimpin PAS Terus Menunggang Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan Untuk Kekalkan Populariti
“Kita juga akan berjumpa dengan menteri pertanian di sini untuk pengiktirafan dari segi standard pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) kita dengan produk pertanian mereka,” katanya.
PORTSIM yang ditubuhkan pada 2005 ialah cawangan MPOB di China dan bertujuan untuk membangun, mengembangkan dan memajukan pasaran minyak sawit Malaysia di China serta menyediakan sokongan teknikal dan khidmat nasihat untuk perusahaan berkaitan.
Fadillah sedang dalam rangka lawatan sulung rasminya ke China dari 12-19 November untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta pembinaan kapasiti dalam bidang komoditi, terutamanya dalam mempromosikan pensijilan MSPO di peringkat global. – Bernama
MPOB perluas produk berasaskan minyak sawit untuk syarikat di China
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikap Pemimpin Liga Arab – Islam Mengecewakan Dunia Islam
- Berdepan Tindakan Undang Undang, Siti Mastura Cuba Alih Tiang Gol
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :