Tammy dapat durian runtuh RM15,000

Tammy dapat durian runtuh RM15,000

Tammy dapat durian runtuh RM15,000
TAMMY (tiga dari kiri) menerima replika cek daripada Mohammad Yusof pada Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Sukan Atlet IPT di Universide Chengdu di KPT Putrajaya hari ini. – FOTO – FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Atlet wusyu wanita negara, Tammy Tan Hui Ling mendapat durian runtuh apabila menjadi penerima insentif tertinggi daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berjumlah RM15,000.

Ganjaran itu setimpal dengan kejayaannya memenangi pingat emas buat kontinjen negara pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengu, China yang berakhir Ogos lalu.

Kejayaan Tammy dalam acara Qiangshu sekali gus menamatkan penantian 38 tahun Malaysia untuk meraih pingat emas pertama di temasya Universiade sejak mula mengambil bahagian di Kobe, Jepun pada 1985.



Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, pencapaian itu membuktikan segala perancangan dan pembangunan sukan di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) telah menunjukkan impak yang berkesan.

Tammy dapat durian runtuh RM15,000
BARISAN atlet yang menerima ganjaran pada Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Sukan Atlet IPT di Universide Chengdu di KPT Putrajaya hari ini. – FOTO – FAIZ ALIF ZUBIR

“Universidae kali ini manjadi sejarah baru kepada penanda aras prestasi atlet IPT di pentas tertinggi dunia apabila kontinjen negara memenangi pingat emas pertama di temasya ini setelah menanti selama 38 tahun.

“Kejayaan ini seumpamanya kita telah berjaya memenangi pingat emas pertama di Olimpik. Universiade merupakan sukan Olimpik kepada atlet yang berada di IPT,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia




Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis penyampaian insentif sukan IPT kepada pemenang-pemenang pingat dan pemecah rekod kebangsaan di Universiade Chengdu di KPT Putrajaya hari ini.

KPT telah memperuntukkan keseluruhan insentif berjumlah RM35,500 kepada atlet IPT yang berjaya membutirkan pingat pada Universiade Chengu yang menyaksikan Malaysia membawa pulang satu pingat emas, satu perak dan lima gangsa.

Tammy dapat durian runtuh RM15,000
MOHAMMAD YUSOF (tengah) menyempurnakan pelancaran Road to Surabaya 2024 pada majlis yang diadakan di KPT Putrajaya hari ini – FOTO – FAIZ ALIF ZUBIR

Insentif berjumlah RM15,000 diperuntukkan kepada pemenang pingat emas, perak (RM5,000) dan gangsa (RM1,500), manakala RM1,500 untuk acara berpasukan badminton campuran yang mememangi pingat gangsa.



Perenang negara, Bryan Leong Xin Ren juga mendapat ganjaran bernilai RM1,500 kerana kejayaannya memadam rekod kebangsaan berusia 14 tahun milik Daniel Bego dalam acara 50 meter (m) kuak kupu-kupu dengan masa 24.35.

Jaguh 400m olahraga negara, Umar Osman juga ceria apabila diberikan insentif RM3,000 selepas dua kali memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam tempoh 24 jam pada temasya Universiade Chengdu berkenaan.

Dalam pada itu, pelancaran Road To Surabaya 2024 turut diadakan yang menyaksikan Malaysia bakal menyertai Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 dari 25 Jun hingga 6 Julai bertempat di Surabaya dan Malang, Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Tammy dapat durian runtuh RM15,000

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button