Tendang isteri hingga patah rusuk, jaga dipenjara 24 bulan dan denda

Tendang isteri hingga patah rusuk, jaga dipenjara 24 bulan dan denda

Tendang isteri hingga patah rusuk, jaga dipenjara 24 bulan dan denda
Foto hiasan.

BATU PAHAT: Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 24 bulan dan denda RM5,000 di Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku salah menendang isterinya sehingga patah rusuk dan berdarah hidung di sebuah rumah di Yong Peng, dekat sini minggu lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Moh Amin Keling, 51, didakwa mencederakan isterinya, Rahiza Rahmat, 52, di sebuah rumah di Kampung Melayu Estate di Yong Peng, pada jam 6.15 petang 9 November lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.



Berdasarkan fakta kes, berlaku pertengkaran antara tertuduh dengan isterinya berpunca keengganan wanita itu memberikan kad bank milik tertuduh.

Pertengkaran berlaku kerana tertuduh mahu melihat baki wang RM30,000 miliknya sama ada masih terdapat dalam akaunnya atau tidak memandangkan kad bank terbabit dipegang mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh hilang sabar apabila permintaan tidak diendahkan lalu menendang muka mangsa tiga kali hingga cedera parah.

Kejadian turut disaksikan anak mereka dengan mangsa kemudian mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).



Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah memutuskan hukuman penjara berjalan dari tarikh tertuduh ditahan iaitu 10 November, serta tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Tendang isteri hingga patah rusuk, jaga dipenjara 24 bulan dan denda


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Akhirnya PAS Biarkan Siti Mastura Sendirian Hadapi Tindakan Undang Undang



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button