Netanyahu sila letak jawatan! – Ketua Pembangkang Israel

Netanyahu sila letak jawatan! – Ketua Pembangkang Israel

Netanyahu sila letak jawatan! - Ketua Pembangkang Israel
Yair Lapid. FOTO Saluran berita Israel N12

Baitulmaqdis: Pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid menggesa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu meletakkan jawatan dan tidak boleh lagi mengetuai kerajaan negara berkenaan.

“Netanyahu perlu pergi segera… Kami perlukan perubahan, Netanyahu tidak boleh kekal sebagai perdana menteri,” kata Lapid pada hari Rabu dalam temu bual dengan saluran berita Israel N12.

“Kita tidak boleh membiarkan diri kita menjalankan kempen panjang di bawah perdana menteri yang sudah hilang kepercayaan rakyat,” tambahnya.

Empat hari selepas serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober ke atas Israel, Netanyahu dan seorang lagi ketua pembangkang, Benny Gantz, mengumumkan perjanjian untuk membentuk “kerajaan sementara” sepanjang tempoh perang.



Lapid menyifatkan pemimpin Israel itu sebagai “kegagalan yang tidak boleh dimaafkan” kerana tidak menghalang serangan itu.

Dalam wawancaranya dengan N12, Lapid tidak menggesa pilihan raya awal, sebaliknya undi tidak percaya di parlimen yang akan membolehkan pembentukan kerajaan baharu yang diketuai oleh seorang lagi ahli parti Likud.

“Ini bukan masa untuk mengadakan pilihan raya,” katanya.

“Kita harus memilih pembinaan semula negara dengan perdana menteri lain dari Likud.”



Dalam satu kenyataan yang disiarkan ke Telegram, Likud segera menolak ‘panggilan’ itu, mengatakan cadangan sedemikian dalam “masa perang” adalah “memalukan.

Netanyahu sila letak jawatan! – Ketua Pembangkang Israel

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Panik Hadapi Tindakan Undang Undang, PN Cuba Heret BN Dalam Fitnah Mereka



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button