Rumah dibedil, nyawa keluarga terancam, Khawla tetap semangat buat liputan
Rumah dibedil, nyawa keluarga terancam, Khawla tetap semangat buat liputan
Baitulmaqdis: Rumahnya hancur dibedil Israel, malah nyawa keluarganya sentiasa terancam, namun semangat wartawan Palestin ini tetap membara untuk turun membuat liputan di kawasan konflik perang.
Seperti kebanyakan rakan media, Khawla al-Khalidi, 34, menjadikan Hospital Al-Aqsa Martyrs sebagai pejabat sementara kerana tempat itu salah satu tempat yang masih mempunyai talian Internet dan kemudahan untuk mengecas telefon, komputer riba mereka dan alat elektronik lain.
Khawla berkata, dia tidak berhenti membuat liputan sejak 8 Oktober lalu.
“Saya perlu melaporkan kira-kira 18 kali sehari di hadapan kamera walaupun keletihan, saya akan menyambung semula tugas menemubual melalui telefon sehingga 10 malam.
“Pernah ketika saya sedang membuat sesi temubual pada tengah malam semasa minggu pertama pengeboman kami menerima mesej mengarahkan berpindah dalam masa 20 minit sebelum kami sekeluarga keluar dari rumah dengan keadaan terpinga-pinga,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berkesankah Boikot Produk Israel Ke Atas Negara Zionis Tersebut?
- Najib Tidak Beri Kerjasama Dalam Soal Siasat Kes 1MDB?
Akhirnya PAS Biarkan Siti Mastura Sendirian Hadapi Tindakan Undang Undang
Khawla berkata, dia dan suaminya, Baher terpaksa membawa empat anak mereka berusia lima hingga 12 tahun menumpang di rumah ibu bapanya di Gaza City.
“Pada hari kedua, saya mendapat berita rumah kami yang dibina selama 10 tahun telah musnah.
“Saya menangis selama beberapa hari sebelum reda dengan apa yang menimpa. Saya tahu ini ialah situasi di Gaza sekarang dan semua orang melalui pengalaman sama macam saya,” katanya.
Kini katanya, rumah idaman itu tidak penting lagi kerana keutamaan sekarang ialah bagaimana dia dan keluarganya semua mendapat jaminan selamat.
“Di mana-mana pun tidak selamat. Kawasan kejiranan rumah ibu bapa saya pun diserang sehingga kami terpaksa berpindah lagi ke kem pelarian al-Maghazi di tengah Gaza untuk tinggal bersama mentua abang saya.
“Rumah tempat suami dan anak saya berlindung di al-Maghazi itu juga diserang ketika saya keluar bertugas, namun nasib baik umur mereka masih panjang cuma mengalami cedera ringan.
“Sejak itu, kami berbincang untuk menghantar anak kami menetap sementara di rumah datuk mereka di Rafah, namun kawasan itu juga tidak selamat menyebabkan kami membawa mereka ke rumah ibu saudara saya di Deir el-Balah,” katanya.
Katanya, suaminya yang juga pendakwa raya sentiasa menjadi tulang belakang sehingga dia mampu bertahan ke saat ini.
“Saya yakin apa yang membuatkan wartawan Palestin meneruskan kerja dalam bahaya dan menyaksikan keadaan ngeri yang tidak terkata ini kerana kami percaya kebebasan dan mahu menentukan sendiri nasib Palestin.
“Perang ini membuatkan saya menghargai semua perkara walaupun kecil selain turut menguatkan tekad saya,” katanya.
Rumah dibedil, nyawa keluarga terancam, Khawla tetap semangat buat liputan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wajah Plastik Kepimpinan PAS Dalam Perjuangan
- Di Manakah Asas Pendakwaan Ke Atas Najib Dalam Kes 1MDB?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Panik Hadapi Tindakan Undang Undang, PN Cuba Heret BN Dalam Fitnah Mereka