Penjajahan ke atas Palestin kesilapan besar – Biden

Penjajahan ke atas Palestin kesilapan besar – Biden

Penjajahan ke atas Palestin kesilapan besar - Biden
Presiden AS Joe Biden menyampaikan ucapan pada sidang akhbar di Filoli Estate pada 15 November 2023 di Woodside, California. FOTO Getty Images melalui AFP

California: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mendakwa, beliau sudah ‘menasihati’ Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa penjajahan ke atas Palestin satu kesilapan besar.

Biden berkata, satu-satunya cara bagi menyelesaikan konflik Palestin-Israel ialah dengan penyelesaian pertikaian dua negara itu.

“Saya sudah memberitahu Netanyahu bahawa saya tidak percaya perang akan berakhir sehingga penyelesaian dua negara dicapai.



“Saya jelaskan kepada Israel bahawa saya fikir ia adalah satu kesilapan besar bagi mereka untuk menduduki Gaza,” katanya kepada pemberita, semalam.Sementara itu, menjawab tentang mesejnya terhadap tebusan pada minggu lalu, Biden menjelaskan, kenyataan beliau itu bermaksud beliau akan menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan tahanan itu.

“Datang untuk membantu anda, mengeluarkan anda. Saya tidak bermaksud menghantar tentera ke sana… saya tidak bercakap tentang tentera,” katanya dalam sidang media, semalam.

Biden berkata, dia sedang mengusahakan isu itu secara berterusan dan tidak akan berhenti sehingga semua tebusan termasuk seorang kanak-kanak AS berusia tiga tahun dibebaskan.

Ketika ini, Qatar menjadi pengantaraan antara Hamas dan pegawai Israel untuk membebaskan lebih 240 tebusan.



Penjajahan ke atas Palestin kesilapan besar – Biden


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Panik Hadapi Tindakan Undang Undang, PN Cuba Heret BN Dalam Fitnah Mereka

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading