Krisis kewangan punca Korea Utara tutup pejabat kedutaan 5 negara?

Krisis kewangan punca Korea Utara tutup pejabat kedutaan 5 negara?

Krisis kewangan punca Korea Utara tutup pejabat kedutaan 5 negara?
KIM Jong Un. FOTO AFP/KCNA VIA KNS

Pyongyang: Korea Utara terus menutup pejabat kedutaan di banyak negara yang didakwa sesetengah pihak atas sebab krisis kewangan.

Terbaharu kerajaan menutup kedutaannya di Nepal sekali gus menjadikan negara kelima secara nyata menarik diri dengan alasan untuk penstrukturan semula diplomatik.

Sebelum ini, Korea Utara menamatkan hubungan diplomatik di kedutaan di Uganda, Sepanyol, Angola, Hong Kong dan beberapa negara.



Jurucakap Kementerian Luar Korea Utara menerusi terjemahan dari Agensi Berita Yonhap berkata, pihaknya sedang menjalankan operasi menarik semula duta dan menubuhkan misi diplomatik selaras dengan perubahan persekitaran global dan dasar diplomatik negara.

Pemimpin Tertinggi, Kim Jong Un meluluskan pengunduran diri dari Nepal, Sepanyol, Angola, Uganda dan Hong Kong dalam beberapa bulan kebelakangan ini menyebabkan timbul kekeliruan dalam kalangan diplomat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akhirnya PAS Biarkan Siti Mastura Sendirian Hadapi Tindakan Undang Undang




Pakar Korea Selatan mendakwa, penutupan itu menunjukkan keadaan kewangan rakan utara mereka yang semakin merosot dengan cepat.

Korea Utara, tidak dapat memberi makan penduduknya sendiri secara mampan melalui pengeluaran domestik atau perdagangan standard bergantung pada sumbangan sekutu dan kadangkala musuh untuk membendung isu kebuluran.

Diplomat yang berpaling tadah dari negara itu mendakwa, kedutaan Korea Utara sebahagian besarnya dibiayai aktiviti haram dan projek menjana wang haram.

Diplomat Korea Utara di seluruh dunia sebelum ini menyebabkan insiden antarabangsa melalui penyertaan atau kemudahan pemalsuan, pemerdagangan manusia, pengedaran dadah dan banyak lagi.



Pada masa sama dengan rombakan diplomatik ini, rejim Kim Jong-Un nampaknya sedang berusaha keras untuk membina hubungan dengan Rusia dan China.

Korea Utara yang terkenal kejam menerima beberapa misi diplomatik dari kedua-dua negara dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Krisis kewangan punca Korea Utara tutup pejabat kedutaan 5 negara?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Panik Hadapi Tindakan Undang Undang, PN Cuba Heret BN Dalam Fitnah Mereka

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button