Hakikat Al Quran Mengenai Bangsa Yahudi & Nasib Palestin

Hakikat Al Quran Mengenai Bangsa Yahudi

Hakikat Al Quran Mengenai Bangsa Yahudi & Nasib Palestin

Di dalam buku bertajuk Hakikat Al Quran Mengenai Palestin tulisan seorang ilmuan, almarhum Dr Solah Abdul Fattah Al-Khalidi, beliau ada mengupas mengenai nasib Palestin menurut Al Quran.

Di dalam buku tersebut, beliau mengupas beberapa ayat Al Quran dari surah Al Isra.

Firman Allah SWT:



وَقَضَيْنَآ إِلَىٰ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ فِى ٱلْكِتَـٰبِ لَتُفْسِدُنَّ فِى ٱلْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّۭا كَبِيرًۭا (٤)

Mafhumnya:

Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab (Taurat), “Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar”.

Al Isra : 4



Berlaku perbahasan antara ulamak mengenai 2 kerosakan yang difirmankan oleh Allah SWT.

Adakah ianya berlaku sebelum kedatangan Rasulullah SAW atau ianya akan berlaku pada umat Rasulullah SAW.

Dr Solah bersetuju dengan pendapat majoriti ulamak bahawa ianya akan berlaku selepas kedatangan Rasulullah SAW.

Ulamak juga bersetuju, janji Allah SWT yang pertama atau kerosakan yang pertama yang dimaksudkan itu sudah berlaku ketika Rasulullah SAW berada di Madinah.



Atas kekuatan ekonomi dan teknologi bangsa Yahudi ketika itu, mereka melakukan pelbagai perkara mungkar.

Kemuncaknya apabula wujud konspirasi untuk membunuh Rasulullah SAW, lalu berlakulah Perang Khaybar.

Maka ketika itu, Allah SWT menghantar tenteraNya yang terdiri dari sahabat baginda Rasulullah SAW untuk menghancurkan bangsa Yahudi.

Firman Allah SWT:



فَإِذَا جَآءَ وَعْدُ أُولَىٰهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَادًۭا لَّنَآ أُو۟لِى بَأْسٍۢ شَدِيدٍۢ فَجَاسُوا۟ خِلَـٰلَ ٱلدِّيَارِ ۚ وَكَانَ وَعْدًۭا مَّفْعُولًۭا (٥)

Mafhumnya:

Maka apabila datang janji pertama dari kedua janji itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar.

Lalu mereka bermaharajalela sampai ke dalam rumah, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana.



Syarat utama untuk mendapatkan pertolongan dari Allah SWT untuk menghancurkan bangsa Yahudi adalah tentera yang beriman (عِبَادًۭا لَّنَآ).

Bilakah Janji Allah SWT Yang Kedua Akan Berlaku?

Dalam ayat seterusnya, Allah SWT berfirman:

ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ ٱلْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَـٰكُم بِأَمْوَٰلٍۢ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَـٰكُمْ أَكْثَرَ نَفِيرًا (٦)

Mafhumnya:



Kemudian, Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak.

Dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar.

Apabila umat Islam menjadi semakin leka dan semakin jauh dari Allah SWT, maka bangsa Yahudi akan sekali lagi diizinkan untuk melakukan kerosakan sebagaimana sebelumnya.

Bangsa Yahudi akan diberikan kemewahan dan kekayaan serta memiliki bilangan yang ramai.

Inilah yang sedang berlaku sekarang

Bangsa Yahudi kini berada dipuncak kemewahan dan kekayaan.

Bilangan bangsa Yahudi yang menduduki tanah Palestin secara haram dari 1918 hingga 1947 telah membentuk kekuatan dari sudut bilangan.

Dalam ayat ke tujuh surah Al Isra, Allah SWT berfirman lagi:

إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ فَإِذَا جَآءَ وَعْدُ ٱلْـَٔاخِرَةِ لِيَسُـۥٓـُٔوا۟ وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا۟ ٱلْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍۢ وَلِيُتَبِّرُوا۟ مَا عَلَوْا۟ تَتْبِيرًا

Mafhumnya:

Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri.

Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri.

Apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.

Apabila bangsa Yahudi berada di puncak kezaliman mereka, maka dengan bantuan Allah SWT akan datang tentera Allah SWT untuk menghancurkan mereka.

Tetapi sebagaimana tentera Allah SWT yang pertama, syarat yang paling utama untuk umat Islam mendapatkan pertolongan Allah SWT, tentera tersebut mestilah mempunyai (عِبَادًۭا لَّنَآ).

Apakah tentera HAMAS yang sedang berperang dengan Yahudi sekarang ini memenuhi syarat tersebut?

Adakah pemimpin Islam sekarang ini yang kononnya melaungkan akan menghancurkan bangsa Yahudi mempunyai syarat tersebut?

Wallahu a’lam.

Hakikat Al Quran Mengenai Bangsa Yahudi & Nasib Palestin

 

Temui Kami:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button