10 nelayan warga Myanmar, 2 bot ditahan curi hasil laut negara

10 nelayan warga Myanmar, 2 bot ditahan curi hasil laut negara

10 nelayan warga Myanmar, 2 bot ditahan curi hasil laut negara
Bot tunda bersama nelayan warga Myanmar yang ditahan kerana menceroboh perairan negara untuk mencuri hasil laut. – Foto ihsan Maritim Malaysia

LUMUT: Sepuluh warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

bersama dua bot tunda selepas disyaki menceroboh perairan negara untuk mencuri hasil laut petang kelmarin.

Kedua-dua bot tunda Kelas C itu ditahan bot peronda KM Nyalau semasa runtin Op Sayong, Op Tanjung dan Op Tiris pada kedudukan 9.5 dan 9.1 batu nautika barat daya Sungai Tiang, di sini, antara jam 4.58 petang hingga 5.20 petang.



Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup, berkata kedua-dua vesel itu dikendalikan dua orang tekong bersama lapan kru warga Myanmar berusia antara 20 hingga 36 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tekong gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Panik Hadapi Tindakan Undang Undang, PN Cuba Heret BN Dalam Fitnah Mereka



10 nelayan warga Myanmar, 2 bot ditahan curi hasil laut negara
Bot tunda bersama nelayan warga Myanmar yang ditahan kerana menceroboh perairan negara untuk mencuri hasil laut. – Foto ihsan Maritim Malaysia

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran, beroperasi kurang daripada 15 batu nautika serta Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

“Maritim Malaysia menahan semua 10 nelayan, manakala bot dan hasil tangkapan berserta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

10 nelayan warga Myanmar, 2 bot ditahan curi hasil laut negara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Shafee Abdullah layak diangkat sebagai Presiden Majlis Peguam



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button