Aksi positif Pearly-Thinaah di Jepun

Aksi positif Pearly-Thinaah di Jepun

Aksi positif Pearly-Thinaah di Jepun
PEARLY dan Thinaah berjaya mara ke suku akhir pada Jepun Masters biarpun terlepas tiga kejohanan di Eropah sebelum itu.

SELEPAS berehat agak lama daripada kejohanan kompetitif, pencapaian beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah pada kejohanan badminton Jepun Masters di Kumamoto wajar diberikan pujian.

Pada kejohanan yang bertaraf Jelajah Dunia Super 500 itu, Pearly-Thinaah berjaya melangkah ke pusingan suku akhir sebelum tewas 13-21, 18-21 kepada wakil tuan rumah, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto kelmarin.

Pencapaian itu boleh dikatakan agak baik memandangkan mereka tidak beraksi dalam tiga kejohanan di Eropah sebelum ini kerana memberi peluang kepada Pearly untuk pulih daripada kecederaan belakang dialami.



Jurulatih beregu wanita negara, Hoon Thien How mengakui, beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan anak-anak buahnya ketika berdepan Miyaura-Sakuramoto meskipun dilihat ada sedikit ragu pada perlawanan tersebut.

“Bagi saya, mereka berdua sudah menampilkan aksi cukup baik sepanjang kejohanan di Kumamoto ini. Kadang-kadang fikiran mereka ada sedikit terganggu kerana terlalu banyak perancangan.

“Bila fikir terlalu banyak mengenai apa yang mahu dibuat, ia menyebabkan mereka berdua agak kabur dengan tindakan di atas gelanggang, jadi ia beri peluang kepada pemain lawan untuk menyerang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Dalam pada itu, Thien How juga menjelaskan Pearly mungkin tidak dapat menampilkan aksi terbaiknya sepanjang kejohanan tersebut kerana kecederaan yang dialami masih belum pulih sepenuhnya.



Aksi positif Pearly-Thinaah di Jepun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Shafee Abdullah layak diangkat sebagai Presiden Majlis Peguam

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading