Buku dipulangkan selepas satu abad

Buku dipulangkan selepas satu abad

Buku dipulangkan selepas satu abad
BUKU yang terlewat pemulangannya lebih daripada satu abad akhirnya dikembalikan ke rak di sebuah perpustakaan di AS. FOTO Perpustakaan Awam St Paul

New York: Sebuah buku yang terlewat pemulangannya lebih daripada satu abad akhirnya dikembalikan ke rak di sebuah perpustakaan di Amerika Syarikat (AS).

Metro UK melaporkan, buku bertajuk Famous Composers itu dipinjam dari Perpustakaan Awam St Paul, Minnesota, pada 1919.

Menampilkan komposer ulung seperti Bach dan Mozart, buku itu ditemukan semasa seseorang sedang menyusun barang-barang.



Datuk Bandar St Paul Melvin Carter bergurau dalam ciapannya di X, pada Sabtu, bahawa tidak akan ada denda dikenakan, kerana perpustakaan itu seperti kebanyakan perpustakaan di AS, sudah berhenti mengenakan bayaran pemulangan lewat.

John Larson, penyelaras perpustakaan digital Perpustakaan Awam St Paul berkata, beliau tidak menyangka buku itu akan kembali ke rak.

“Ia mencapai tahap di mana ia bukan hanya sebuah buku lama, ia adalah artifak. Ia mempunyai sedikit sejarah,” katanya.

Larson berkata, ia adalah buku tertua yang pernah dilihatnya dikembalikan dalam 25 tahun bekerja di perpustakaan itu.



Sebelum ini, seorang lelaki di Kanada memulangkan buku ke perpustakaan, lewat lebih daripada 37 tahun dan berkata, dia sebenarnya tidak pernah pun membaca buku itu.

Buku dipulangkan selepas satu abad

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PMX Bidas Mantan Menteri PN Yang Menunggang Isu Undang Undang Syariah



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading