Kelantan FC dapat ‘talian hayat’ ke Liga Super 2024/2025
Kelantan FC dapat ‘talian hayat’ ke Liga Super 2024/2025
PETALING JAYA – Pasukan Kelantan FC menjadi kelab tunggal yang belum diberikan lesen kebangsaan bagi bersaing pada musim 2024/2025 tetapi diberikan lanjutan masa untuk selesaikan ‘hutang’ sehingga Disember depan.
Pengerusi badan bebas First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif menjelaskan The Red Warriors tidak memiliki rekod tunggakan gaji pemain pada 30 Jun namun mereka ada tunggakan menerusi surat deklarasi yang diberikan setakat 31 Ogos lepas.
“Ada dua isu di sini iaitu tunggakan gaji setakat 31 Ogos 2023 dan kita arahkan Kelantan FC selesaikan tunggakan ataupun serahkan persetujuan pembayaran sebelum 15 November 2023.
“Namun, pihak FIB tidak menerima sebarang bukti pembayaran atau persetujuan bersama pada 15 November.
“FIB hanya menerima rayuan untuk lanjutan masa daripada Kelantan FC dan mereka dikenakan hukuman denda RM20,000 atas kesalahan tidak menepati tarikh tutup tersebut. Namun, atas budi bicara, FIB beri peluang sehingga 30 November.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah Siti Mastura Saman BN Comms?
- Lim Guan Eng: BN Tidak Tahu Ada Buku Yang Di Dakwa Siti Mastura
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PMX Bidas Mantan Menteri PN Yang Menunggang Isu Undang Undang Syariah
“Andai berjaya, ini adalah langkah permulaan kerana mereka perlu selesaikan langkah seterusnya yang mana isu bersama FIFA dan FAM yang diberikan masa sehingga 31 Disember.
“Buat masa ini, jika mereka gagal langkah pertama ini, secara automatiknya mereka tidak akan dapat lesen kebangsaan musim 2024/2025,” katanya pada sidang media sebentar tadi.
Sebagai rekod, 10 pasukan diberikan lesen kebangsaan musim depan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Perak FC, Sri Pahang FC, Selangor FC, Terengganu FC, Penang FC, Kuching City FC, Kedah Darul Aman, Negeri Sembilan FC (NSFC) dan PDRM FC.
Tiga lagi pasukan diberikan lesen kebangsaan namun dikenakan denda RM20,000 atas kesalahan dalam menyediakan surat deklarasi kepada FIB iaitu KL City FC, Sabah FC dan Kelantan United. – KOSMO! ONLINE
Kelantan FC dapat ‘talian hayat’ ke Liga Super 2024/2025
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah Siti Mastura Saman BN Comms?
- Lim Guan Eng: BN Tidak Tahu Ada Buku Yang Di Dakwa Siti Mastura
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PMX Bidas Mantan Menteri PN Yang Menunggang Isu Undang Undang Syariah