Taiwan ‘terpukau’ aksi Arif Aiman dan Faisal

Taiwan ‘terpukau’ aksi Arif Aiman dan Faisal

Taiwan ‘terpukau’ aksi Arif Aiman dan Faisal
Arif Aiman dilihat antara tunjang pasukan pada perlawanan menentang Taiwan malam tadi. – Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Kombinasi pemain sayap lincah negara, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim cukup ampuh sekali gus menjadi senjata utama Harimau Malaya selepas tewaskan Taiwan 0-1 di Stadium Perbandaran Taipei malam tadi.

Ketua jurulatih Taiwan, Gary White berkata, Arif dan Faisal sangat konsisten sehingga berjaya mengkucar-kacirkan benteng pertahanan pasukan sepanjang perlawanan

“Pemain nombor 12 (Arif Aiman) dan No. 7 (Faisal Halim) adalah pemain yang bagus, berkualiti dan memiliki pergerakan dengan cepat.



“Mereka berjaya memanipulasi ruang sebelah kanan dari awal dibantu pemain nombor 2 (Matthew Davies), jadi apa yang kami buat adalah pastikan kami kekal dalam formasi tetapi kesilapan individu membolehkan mereka menjaringkan gol,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada perlawanan semalam, Malaysia berjaya meraih kemenangan kedua dalam Kumpulan D hasil jaringan tunggal yang dilakukan Darren Lok pada minit ke-72. – KOSMO! ONLINE

Taiwan ‘terpukau’ aksi Arif Aiman dan Faisal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



PMX Bidas Mantan Menteri PN Yang Menunggang Isu Undang Undang Syariah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button