Muhyiddin Terdiam Bila Di Sekolahkan Rafizi Di Parlimen
Muhyiddin Terdiam Bila Di Sekolahkan Rafizi Di Parlimen
Dalam sesi soal jawab di parlimen, Muhyiddin cuba melabelkan Kerajaan Perpaduan sebagai kerajaan yang gagal.
Antara hujah yang diketengahkan oleh Muhyiddin adalah kerana jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dipegang oleh orang yang sama, Anwar Ibrahim.
Menurut Muhyiddin, keadaan ini menyebabkan rakyat dan penganalisa ekonomi merasa kurang yakin dengan proses pemulihan ekonomi.
Walau pun penulis tidak nampak ada kaitan dengan apa yang didakwa Muhyiddin, namun itulah hujah yang beliau gunakan.
Mungkin Muhyiddin lupa atau pura-pura lupa, ini bukan kali pertama jawatan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri dipegang oleh orang yang sama.
Di era pemerintahan DS Najib, jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dipegang oleh DS Najib.
Namun, ketika itu ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang cukup baik, malah menjadiyang terbaik antara negara di Asia.
Rafizi membidas kenyataan Muhyiddin dengan memberikan gambaran Muhyiddin seolah-olah tidak faham tugas sebenar Menteri Kewangan.
Menurut Rafizi, bidang kuasa Kementerian Kewangan adalah mengawal selia fiskal kewangan negara dan bukannya merangka dasar pembangunan ekonomi negara.
Bidang kuasa Kementerian Kewangan hanyalah mengawal selia fiskal kewangan negara seperti pendapatan negara dan perbelanjaan negara.
Manakala menteri yang bertanggungjawab merangka dasar pembangunan negara adalah Menteri Ekonomi.
Selain itu, kementerian lain seperti MITI dan Unit Perancang Ekonomi pula bertanggungjawab sebagai pelaksana dasar pembangunan ekonomi negara.
Rafizi menjelaskan, tanggungjawab membangunkan ekonomi adalah tanggungjawab kolektif semua kementerian yang ada.
Muhyiddin kelihatan membungkam dengan jawapan yang diberikan Rafizi.
Cuma penulis hairan, bagaimana seorang mantan perdana menteri serta pernah menjawat jawatan menteri di beberapa kementerian masih keliru dengan fungsi kementerian dalam kerajaan.
Tetapi, apabila teringatkan komen Tengku Razaleigh Hamzah mengenai Muhyiddin, kehairanan penulis hilang serta merta.
Betul kata Tengku Razaleigh, Muhyiddin seorang yang pemalas dan tidak ada idea.
Beliau hanya pandai mengatur strategi untuk menjatuhkan lawan bagi merebut jawatan perdana menteri.
Muhyiddin Terdiam Bila Di Sekolahkan Rafizi Di Parlimen
Di Syorkan Untuk Anda:
- PMX Bidas Mantan Menteri PN Yang Menunggang Isu Undang Undang Syariah
- Beranikah Siti Mastura Saman BN Comms?
- Lim Guan Eng: BN Tidak Tahu Ada Buku Yang Di Dakwa Siti Mastura