257 ditahan dalam Op Tapis Khas JSJN Johor
257 ditahan dalam Op Tapis Khas JSJN Johor

JOHOR BAHRU: Seramai 257 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah dalam Op Tapis Khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di seluruh negeri ini, selama dua hari.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata sepanjang tempoh operasi bermula kira-kira jam 1 pagi Isnin lalu hingga 12 tengah malam kelmarin itu, seramai 330 individu diperiksa.
Katanya, mereka yang ditahan membabitkan kes bekalan dadah sebanyak 51 kes manakala 50 kes lagi kerana memiliki dadah dan 156 kes menagih.
“Seramai 18 suspek yang ditahan juga akan diambil tindakan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kesalahan berulang dalam kes dadah.
“Selain itu, turut ditahan dalam operasi ini adalah 24 suspek berstatus orang dikehendaki polis,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin Terdiam Bila Di Sekolahkan Rafizi Di Parlimen
- Zahid Akan Berundur Dan Di Gantikan Hishamuddin Hussien?
- Beratur Panjang Untuk Beli Coli, Lelaki Pun Ada!!!
Kamarul Zaman berkata sepanjang operasi itu pihaknya turut merampas dadah jenis syabu dengan anggaran berat 54.99 gram selain kira-kira 517.39 gram heroin, ganja (75.88 gram), pil erimin 5 (21.90 gram), ketamin (3.63 gram), dua biji pil yaba dan kira-kira 17.5 liter air ketum yang dianggarkan bernilai RM37,376.80.
Katanya, jumlah dadah itu jika berterusan berada di pasaran, ia boleh digunakan oleh 3,081 penagih.
“Selain tangkapan dan rampasan, polis turut menyita sebuah kenderaan dan wang tunai yang bernilai RM1,070,” kataya.
Kamarul Zaman berkata untuk rekod, tindakan pencegahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) (LLPK) 1985 turut diambil ke atas tokan dadah yang mana seramai 126 ditahan dalam tempoh dari 1 Januari lalu hingga kelmarin.
“Mereka ini akan dikenakan perintah tahanan dan sekatan selama dua tahun di Pusat Pemulihan Akhlak manakala 592 pula turut diambil tindakan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
257 ditahan dalam Op Tapis Khas JSJN Johor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bakal YDP Agong Beri Amaran Kepada Ahli Politik
- Lagi Pemimpin PAS Berhadapan Saman Fitnah
- Pengganti Presiden Di Jangka Menjadi Perbahasan Panas Dalam Perhimpunan Agung Tahunan PPBM
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :