Wanita maut jatuh dari lif di lapangan terbang

Jakarta: Gara-gara panik, seorang wanita Indonesia maut terjatuh selepas tersalah membuka pintu lif secara paksa di sebuah lapangan terbang di Sumatera Utara, baru-baru ini.

Jurucakap PT Angkasa Pura Aviasi, Lapangan Terbang Kualanamu, Deli Serdang, Dedi Al Subur berkata, mangsa, Aisiah Sinta Dewi, 38, dari Kota Medan, Sumatera Utara, terjatuh dari lif pada malam Isnin lalu, selepas menghantar ahli keluarganya.

Katanya, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa tidak menyedari dia menaiki lif berpintu dua.



“Mangsa yang tidak menyedari menaiki lif dua pintu berdiri dan membelakangi pintu akses keluar yang sudah terbuka sebelum pintu lif itu tertutup kembali.

“Tiada pengguna lain ketika mangsa terjatuh dari lif,” katanya kepada Kompas.com.

Katanya, mangsa dilaporkan hilang selepas ahli keluarga meminta bantuan kakitangan lapangan terbang bagi mencari mangsa kira-kira 10.45 malam, Isnin lalu.

“Pencarian di beberapa tempat termasuk lif dinaiki mangsa tidak menemukan sebarang petanda.



“Namun, mayat mangsa ditemukan pada lantai di bawah lif, Khamis lalu, selepas kakitangan lapangan terbang tercium bau busuk berdekatan kawasan lif,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Deli Serdang, Irsan Sinuhaji berkata, hasil siasatan dan semakan CCTV mendapati mangsa terjatuh dari lif selepas membuka salah satu pintu lif secara paksa.

“Mangsa tidak menyedari lif berkenaan ada dua pintu dan pintu sudah sudah terbuka di belakangnya.

“Dia kemudian panik dan membuka pintu lif di depannya itu secara paksa sebelum melangkah keluar dan terjatuh,” katanya.



Katanya, polis masih menyiasat punca kematian mangsa sama ada berkaitan dengan faktor lain.

Agensi


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading