JDT tidak kejar rekod jaringan 100 gol semusim

JDT tidak kejar rekod jaringan 100 gol semusim

JDT tidak kejar rekod jaringan 100 gol semusim
PENYERANG JDT, Bergson Da Silva cuba melepasi barisan pertahanan Kucing City pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin. – RAJA JAAFAR ALI

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) perlu menjaringkan 10 gol dalam dua perlawanan terakhir Liga Super menentang Sri Pahang FC dan Pulau Pinang FC jika mahu melakar sejarah meledak 100 gol pada Liga Malaysia semusim.

Perkara itu bukan mustahil bagi skuad kendalian Esteban Solari yang berulang kali berpesta gol ketika menentang pasukan lawan khususnya di hadapan penyokong setia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

“Menjaringkan 100 gol dalam satu musim bukan agenda kelab, keutamaan JDT adalah melakar kemenangan demi kemenangan dalam semua pertandingan sama ada Liga Super, Piala FA atau Piala Malaysia.

“Apa yang saya terapkan adalah untuk mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan. Sudah tentu saya gembira jika mereka mampu jaringkan 100 gol atau 1,000 gol, namun keutamaa kami adalah beraksi pada tahap terbaik secara konsisten,” katanya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bakal YDP Agong Beri Amaran Kepada Ahli Politik


JDT kini sudah menjaringkan 90 gol dan hanya membenarkan gawang bolos tujuh kali setelah mengharungi 24 perlawanan liga.

JDT akan berkunjung ke Stadium Darul Makmur, Kuantan menentang Tok Gajah pada 3 Di­sember depan, sebelum melayan kunjungan Penang FC pada aksi terakhir pada 16 Disember nanti.



JDT tidak kejar rekod jaringan 100 gol semusim

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perebutan antara ‘Kartel’ bermula dalam BERSATU?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button