Bila Hospital Dungun Nak Beroperasi?
Bila Hospital Dungun Nak Beroperasi?
Penduduk daerah ini berharap Hospital Dungun (HD) yang baharu segera beroperasi.
Ini bagi membolehkan mereka mendapatkan rawatan pakar tanpa perlu ke Kemaman mahupun Kuala Terengganu.
Sekarang mereka terpaksa menempuh perjalanan jauh ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) atau Hospital Kemaman untuk janji temu dengan doktor pakar.
Bukan hanya masa banyak terbuang di atas jalan raya.
Malah ada penduduk terpaksa memperuntukkan antara RM100 hingga RM300 untuk kos perjalanan dan menyewa kereta ke hospital.
Pengoperasian segera HD yang baharu juga perlu dipercepatkan.
Ia bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang mendapatkan rawatan harian.
Ini adalah kerana hospital sedia ada sentiasa padat terutama pada waktu puncak.
Mohd Kamarul Ariffin, 39, berkata, dia perlu berulang-alik tiga bulan sekali dari rumahnya di Paka ke Hospital Kemaman untuk janji temu dua anak berusia dua tahun dan 11 tahun.
Anak keduanya yang berusia 11 tahun mempunyai masalah buah pinggang, manakala anak bongsunya pula penyakit tiroid.
“Menjadi rutin saya sejak setahun lalu berulang-alik ke sana setiap tiga bulan sekali untuk bertemu doktor pakar”.
“Biasanya, saya akan ambil cuti kerana urusan ke sana akan mengambil masa seharian di sana”.
“Itu belum masuk lagi kos minyak dan makanan, yang mana saya biasanya memperuntukkan RM100 untuk ke sana”.
“Memang harap sangat hospital yang baharu ini dapat segera beroperasi”.
“Kerana jika ada pakar di sini, kami tidak lagi perlu ke Kemaman untuk pemeriksaan dan rawatan,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Semuga Kementerian Kesihatan mengambil maklum keresahan yang diluahkan oleh penduduk tempatan.
Bila Hospital Dungun Nak Beroperasi?
Di Syorkan Untuk Anda:
- 4 Ahli Parlimen Yang Menyokong Anwar Membuka Ruang Untuk PN Lepaskan Peluru Terakhir
- Perlukah Kerajaan Tubuhkan Jawatankuasa Siasat Punca Kehilangan Sokongan Penjawat Awam
- Muhyiddin U-Turn, Hamzah Berputih Mata
- Dunia Berdepan Malapetaka Besar
- Dana Aman Palestin Di Guna Untuk Membeli Aset Syarikat Proksi