Lima cedera nahas tujuh kenderaan

Lima cedera nahas tujuh kenderaan

Lima cedera nahas tujuh kenderaan
Seorang penunggang motosikal antara lima individu yang cedera terbabit dengan kemalangan tujuh kenderaan di Jalan Bukit Gambir, Georgetown, hari ini. NSTP/FOTO TULAR

GEORGETOWN: Lima individu cedera dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Jalan Bukit Gambir, di sini, hari ini.

Nahas pada jam 3 petang itu berlaku di laluan arah Universiti Sains Malaysia (USM) ke Jalan Tun Dr Awang, membabitkan tiga motosikal dan empat kereta.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, V Saravanan, berkata kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat dan semua kenderaan berhenti berikutan lampu isyarat merah.



Katanya, kemalangan berlaku selepas kereta yang dipandu seorang wanita hilang kawalan dan melanggar kenderaan yang berada di hadapannya.

“Pemandu wanita itu cedera pada dada, manakala penunggang dan pembonceng sebuah motosikal masing-masing mengalami kecederaan pada leher dan kaki kanan serta pendarahan di kepala.

“Seorang penunggang motosikal patah kaki dan seorang lagi belum pasti manakala tiga lagi pemandu kereta tidak cedera,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Semua yang cedera sudah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.



Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, beberapa foto kemalangan terbabit turut tular di media sosial, antaranya memaparkan seorang penunggang motosikal terpelanting ke dalam longkang manakala satu daripada kereta yang terbabit terbabas ke pembahagi jalan berhampiran laluan pejalan kaki.

Lima cedera nahas tujuh kenderaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button