Suami Belum Jumpa Kelemahan Nabila Razali

“Terlalu Sempurna..”

Suami Belum Jumpa Kelemahan Nabila Razali

Suami Belum Jumpa Kelemahan Nabila Razali
Suami Belum Jumpa Kelemahan Nabila Razali

Baru-baru ini, telah berlangsung majlis persandingan penyanyi popular, Nabila Razali bersama suaminya iaitu Nik Iruwan Nik Izani.

Majlis persandingan pasangan ini bertemakan Batik Jawa dan kira-kira 250 tetamu hadir menyaksikan detik terindah dalam hidup pasangan itu.

Suami kepada pelantun lagu Peluang Kedua itu menyifatkan kehadiran isterinya sepanjang lapan hari hidup berumah tangga adalah detik terindah yang paling membahagiakan dalam hidupnya.



Nabila Razali

Meskipun baru sahaja berkenalan tahun ini, namun pada pandangannya isterinya itu sudah cukup sempurna dan hebat.

Dia sempurna di mata saya. Malah, dia juga wanita yang baik dan fantastik. Saya cuba mencari di mana kelemahannya tapi belum jumpa lagi.

Saya akui keputusan untuk bernikah dengannya adalah satu perkara yang besar dalam hidup saya, termasuk untuk Nabila sendiri. Saya tidak berbelah bahagi untuk berkahwin dengannya.

Bukan itu sahaja, Nik turut memuji isterinya kerana sangat teratur dan bersemangat dalam apa saja yang dia ingin lakukan.

Malah, Nabila turut berkata suaminya saling melengkapi segala kekurangan yang ada pada diri sepanjang mereka berkenalan.

Suami Belum Jumpa Kelemahan Nabila Razali

Pada pandangan saya, masa itu tidak penting tapi momen yang kami luangkan bersama ketika dalam tempoh terbabit cukup bermakna. Sepanjang kami berkenalan tidaklah berlangsung dengan sempurna, sudah tentu kami ada kekurangan dan kelebihan masing-masing, tapi perkara itulah yang melengkapi perhubungan kami berdua.

Sepanjang perkenalan pun, suami saya saling melengkapi segala kekurangan yang ada pada diri saya. Selebihnya hanya Tuhan dan saya saja yang tahu. Saya harap perkahwinan ini kekal hingga ke jannah serta memohon doa daripada semua orang untuk perhubungan yang baru dibina ini.

Sebelum ini, Nabila Razali dan pasangannya sah bergelar suami isteri pada 18 Oktober lalu yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.



Kredit: Harian Metro

Suami Belum Jumpa Kelemahan Nabila Razali

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker