Bapa bunuh anak atas arahan ahli keluarga lebih tua

Bapa bunuh anak atas arahan ahli keluarga lebih tua

Bapa bunuh anak atas arahan ahli keluarga lebih tua
Foto hiasan

Peshawar: Polis Pakistan menahan empat individu, termasuk seorang bapa yang membunuh anak perempuannya atas arahan ahli keluarga yang lebih tua kerana gambar gadis berkenaan dipaparkan di media sosial, kata polis.

Polis berkata, mangsa berusia 18 tahun ditembak mati oleh bapanya minggu lalu di Kolai-Palas, berhampiran sempadan Afghanistan, selepas diarahkan ahli keluarganya untuk berbuat demikian.

Ahli keluarga itu turut mengarahkan pembunuhan rakan gadis berkenaan yang turut bergambar bersama dengan mangsa, namun dia sempat diselamatkan polis, kata pegawai.



Suspek, Arslan Mohsin dan tiga lagi saudaranya ditahan dan dibawa ke mahkamah, kata pegawai polis Masood Khan kepada Reuters.

Setiap tahun, ratusan wanita di Pakistan menjadi mangsa ‘pembunuhan demi kehormatan’, oleh ahli keluarga sendiri atas alasan mempertahankan maruah keluarga, khususnya di kawasan luar bandar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

MP PN Menjerit Minta Peruntukan Tetapi Anak Tirikan ADUN Pembangkang Kedah




Gambar wanita juga dianggap sebagai taboo bagi segelintir kaum.

Reuters belum berpeluang mendapatkan komen daripada ahli keluarga mangsa.

Walaupun undang-undang lebih ketat dan kemarahan masyarakat di Pakistan, pembunuhan demi kehormatan tetap berlaku, dengan 384 kejadian dilaporkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan pada 2022 sahaja, kata Nadia Rahman dari pejabat serantau Asia Selatan di Amnesty International.

“Kerajaan Pakistan dan agensi penguatkuasaan undang-undang digesa memberi perlindungan kepada mangsa yang terselamat dalam kes ini dan mendakwa mereka yang terbabit tanpa menggunakan hukuman mati,” katanya.



Bapa bunuh anak atas arahan ahli keluarga lebih tua

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PMX Jangan Terus Beretorik Tantang Projek ‘Land Bridge’ Thailand



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button