Final Piala Cabaran: The Cops bawa bekalan selesa

Final Piala Cabaran: The Cops bawa bekalan selesa

Final Piala Cabaran: The Cops bawa bekalan selesa
Barisan pemain PDRM FC meraikan gol jaringan Nabil pada aksi final pertama Piala Cabaran sebentar tadi. – Foto ihsan PDRM FC

PETALING JAYA – Skuad Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) meletakkan sebelah tangan dalam usaha menjulang trofi Piala Cabaran selepas menjinakkan Kuching City 3-0 pada aksi final pertama sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium MB Petaling Jaya itu, skuad The Cops kendalian Datuk Ahmad Yunus Alif membariskan kesebelasan terbaik dengan tonggak seperti Uche Agba dan Nabil Ahmad Latpi mengetuai jentera serangan.

Kedua-dua pasukan dilihat mempamerkan strategi menyerang pada babak pertama tetapi gagal menyudahkan peluang terhidang.



Bersambung pada separuh masa kedua, PDRM FC mempamerkan belang sebenar apabila berjaya meraih gol pertama hasil ledakan Nabil pada minir ke-54.

Kombinasi ampuh dijentera serangan memastikan skuad The Cops terus melebarkan kelebihan dan kiningiliran Agba untuk menewaskan penjaga gol The Cats, Wan Azraie Wan Teh pada minit ke-69.

Pemain pertahanan yang juga kapten pasukan, Amir Saiful Badeli melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah apabila meledak gol ketiga berselang sembilan minit kemudian.

Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan aksi final kedua dijadualkan berlangsung di Stadium Negeri, Kuching pada Ahad ini. – KOSMO! ONLINE



Final Piala Cabaran: The Cops bawa bekalan selesa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PMX Jangan Terus Beretorik Tantang Projek ‘Land Bridge’ Thailand



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading