UCL: PSG hadapi tugas mandatori

UCL: PSG hadapi tugas mandatori

UCL: PSG hadapi tugas mandatori
MBAPPE menyelamatkan maruah PSG apabila menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Perebutan satu lagi slot ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Kumpulan F bakal menjadi lebih sengit membabitkan tiga pasukan termasuk Paris Saint-Germain yang dipalit kecewa dengan keputusan seri 1-1 dengan Newcastle United awal pagi semalam.

Situasi itu menepati jangkaan bahawa saingan kumpulan ini yang dilabel sebagai kumpulan maut sekaligus menyaksikan PSG kini berdepan tugasan mandatori dengan memastikan kemenangan pada perlawanan terakhir menentang Borussia Dortmund 14 Disember ini.

Walaupun masih dipalit kecewa, pengendali PSG, Luis Enrique menjadi individu paling lega dengan keputusan seri kali ini sekaligus memberikan sedikit kelebihan buat pasukannya untuk berada di tangga kedua.



“Perkara paling penting sekarang adalah kami kena berikan fokus kepada diri sendiri. Jika kami mampu untuk memenangi perlawanan terakhir, kami akan tamatkan saingan kumpulan sebagai juara.

“Jika kami kalah, kami juga mungkin akan mara. Ia menjadi sangat rumit, tetapi saya berharap kami akan ambil jalan mudah dengan memenangi perlawanan menentang Dortmund,” kata Enrique.

Terdahulu, Newcastle berpeluang untuk mengulangi kejayaan pada perlawanan pertama Oktober lalu apabila membuka jaringan menerusi Alexander Isak, namun Kylian Mbappe muncul wira PSG selepas menyempurnakan penalti pada masa kecederaan babak kedua.

“Saya fikir kami berhak untuk menang, kami mencipta banyak peluang namun jelas sekali agak sukar untuk memastikan bola melepasi garisan gol,” tambah Enrique. – AGENSI



UCL: PSG hadapi tugas mandatori


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PMX Jangan Terus Beretorik Tantang Projek ‘Land Bridge’ Thailand

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker