PMX Jangan Terus Beretorik Tantang Projek ‘Land Bridge’ Thailand
PMX Jangan Terus Beretorik Tantang Projek ‘Land Bridge’ Thailand
Ketika menjawab soalan wartawan mengenai projek ‘land bridge’ Thailand, Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan projek tersebut akan turut memberi manfaat kepada Malaysia.
Anwar berkata, perdana menteri Thailand, Srettha Thavisin, telah memberi komitmen bahawa Malaysia akan turut dilibatkan dalam pelaksanaan projek itu.
Namun beliau menegaskan masih terlalu awal untuk Malaysia membuat keputusan untuk menyertai projek itu.
Atau mendapatkan ekuiti dalam rancangan pembinaan projek berkenaan.
“Berkenaan ‘land bridge’ itu, masih di peringkat awal tetapi saya dalam perbincangan itu”.
“Memang akan dilibatkan Malaysia, dan sudah tentu akan memberi manfaat kepada Malaysia terutamanya sebelah utara Semenanjung”.
“Jadi bagi kita, akan ada faedah dan kita akan manfaatkan kemudahannya di situ”.
“Cuma cara terperincinya samada kita menyertai atau tidak aktiviti itu masih terlalu awal untuk kita bincangkan”.
“Begitupun, berdasarkan semangat perbincangan itu, perdana menteri Thailand kata, mereka akan pastikan Malaysia dapat manfaat,” katanya.
Bagi penulis, respon Anwar terhadap soalan wartawan tidak lebih dari ucapan untuk menyembunyikan implikasi sebenar sekiranya projek tersebut direalisasikan.
‘Land Bridge’ Akan Membunuh Industri Perkapalan & Pelancungan Negara
Tidak dapat dinafikan, sekiranya Thailand meneruskan rancangan tersebut, industri perkapalan dan pelabuhan negara pasti akan terjejas teruk.
Setiap tahun, tidak kurang dari 100,000 kapal kargo akan melalui Selat Melaka dan akan singgah sama ada di Pelabuhan Klang atau Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Dalam jangkamasa 2 tahun lagi, bilangan kapal kargo yang menggunakan perkhidmatan kedua-dua pelabuhan itu dijangka akan meningkat sekali ganda, 200,000.
Dengan wujudnya ‘land bridge’, perjalanan kargo dari timur ke barat atau sebaliknya akan dapat dipendekkan antara 3 ke 4 hari.
Malah kos pengangkutan juga dapat dikurangkan sehingga 30% hingga 40%.
Berdasarkan kepada fakta ini, apakah akan ada lagi kapal kargo yang akan menggunakan perkhidmatan pelabuhan Klang atau pelabuhan Tanjung Pelepas?
Bagaimana dengan berbilion ringgit yang sudah dilaburkan untuk memajukan kedua-dua pelabuhan tersebut?
Bagaimana dengan nasib pekerja yang selama ini mencari nafkah di sana?
Ada penganalisa memberikan pandangan supaya Malaysia menumpukan perhatian kepada industri pelancungan untuk menampung pendapatan yang hilang.
Thailand merupakan antara destinasi utama industri pelancungan dunia.
Mampukah kita menyaingi mereka?
2 bandar yang akan dibangunkan dalam projek ‘land bridge’ adalah Ranog dan Chumpon.
Jarak antara Kuala Perlis dengan Ranog adalah 429 kilometer manakala jarak antara Kuala Perlis ke Chumpon pula adalah 467 kilometer.
Apakah akan ada pelancung yang mahu melalui perjalanan darat yang jauh untuk datang ke Malaysia sedangkan perjalanan ke Phuket dari Ranog hanya sekitar 200 kilometer.
PMX Jangan Terus Beretorik Tantang Projek ‘Land Bridge’ Thailand
Di Syorkan Untuk Anda:
- Akhirnya Muhyiddin Tunduk Kepada PAS
- Aman Palestin Dakwa Siasatan SPRM Berniat Jahat
- Benarkah Populariti Perdana Menteri Jatuh Selepas Setahun Berkuasa Adalah Perkara Biasa
- Malaysia Akan Menjadi Negara Pulau