Malaysia cipta sejarah, ikat Korea Selatan 3-3

Oleh – Syeikh Baran


Malaysia cipta sejarah, ikat Korea Selatan 3-3
Arif Aiman meraikan jaringan selepas meledak gol kedua Harimau Malaya ke atas Korea Selatan sebentar tadi. – Foto ihsan AFC

Skuad Harimau Malaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meraih keputusan seri 3-3 ke atas Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Al Janoub itu, skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon mengekalkan benteng ampuh dalam kesebelasan utama terdiri daripada Dion Cools, Shahrul Saad dan Dominict Tan.



Pasukan Taeguk Warriors dilihat mendominasi sebahagian besar perlawanan dengan melakukan beberapa siri serangan menerusi pemain utama seperti Son Heung-min dan Lee Kang-in.

Gol yang dicari akhirnya tiba hasil daripada tandukan Jeong Woo-yeong pada minit ke-21 menerusi situasi sepakan penjuru.

Bersambung pada babak kedua, skuad negara memperkemaskan jentera serangan dan berjaya menyamakan kedudukan hasil ledakan menarik pemain sensasi, Faisal Halim pada minit ke-51.

Momentum tersebut diteruskan apabila tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi meletakkan Malaysia didepan menerusi sepakan penalti pada minit ke-62.



Tersentak dengan jaringan tersebut, Korea Selatan menggandakan asakan dan kembali menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma Lee Kang-in pada minit ke-82.

Nasib Malaysia bertambah malang apabila Korea Selatan mendahului dengan kini kapten lawan, Son Heung-min meledak gol ketiga hasil sepakan penalti pada masa kecederaan.

Namun, penyerang naturalisasi negara, Romel Morales muncul wira apabila meledak gol ketiga pada masa kecederaan minit ke-115 untuk memastikan pasukan negara pulang dengan satu mata berharga.

Keputusan tersebut menyaksikan Korea Selatan kekal dengan kedudukan naib juara Kumpulan E dengan Bahrain muncul juara apabila menewaskan Jordan 1-0.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading