Peluang Akmal terus pamer magis
Peluang Akmal terus pamer magis
KUALA LUMPUR – Aksi dengan Terengganu di Stadium Bandaraya, malam ini menjadi medan terbaik buat pengendali sementara Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli pikat hati pengurusan pasukan untuk kekalkan khidmatnya musim depan.
Selepas mencetuskan sensasi ketika raih kemenangan 3-2 ke atas Sri Pahang pada debutnya selaku pengendali pasukan Sabtu lalu, Akmal Rizal percaya pemain sudah cukup masak dengan pendekatan diterapkannya.
“Sudah pasti kemenangan akan meredakan tekanan tetapi dalam bola sepak akan sentiasa ada tekanan. Hari esok pun akan bermulanya tekanan baharu dan ia perkara biasa yang dihadapi oleh pemain serta jurulatih.
“Pemain pun sudah tahu apa yang saya mahukan iaitu menerapkan penguasaan bola. Untuk itu saya memerlukan pemain yang selesa mengawal bola dan apa yang boleh saya katakan, semua pemain akan diberi peluang,” katanya.
Sebelum ini, pengurusan pasukan ambil keputusan drastik apabila merehatkan Ketua Jurulatih, Chong Yee Fatt dan Penolong Ketua Jurulatih, Manzoor Azwira Abd Wahid dan memilih Akmal Rizal sebagai pengendali sementara pasukan sehingga tamat musim ini.
Menyedari aksi kali ini adalah penampilan terakhir Penang FC di gelanggang sendiri pada saingan Liga Super 2023, Akmal Rizal juga menuntut bantuan daripada Pemain ke-12 untuk hadir beramai-ramai ke stadium.
“Saya harap aksi terakhir ini penyokong boleh datang untuk berikan sokongan kerana kami juga sentiasa mahukan sokongan anda. Ini membolehkan pasukan dapat rasa keseronokan untuk bermain,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Peluang Akmal terus pamer magis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Khairy Jamaluddin bodoh, cuba provokasi guna foto ‘super impose’
- Masih tiada keadilan buat Najib Razak
- “Pemimpin Perikatan Nasional kata syarat ketat” – Syed Abu Hussin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?