Operasi di lapangan terbang Chennai pulih, lapan maut akibat banjir

Operasi di lapangan terbang Chennai pulih, lapan maut akibat banjir

Operasi di lapangan terbang Chennai pulih, lapan maut akibat banjir
Keadaan jalan raya di Chennai yang dinaiki air. – FOTO AFP

New Delhi: Operasi penerbangan di lapangan terbang Chennai di selatan India pulih pada pagi Selasa, sehari selepas hujan lebat yang dibawa oleh siklon Miuchaung melanda Teluk Benggala dan menjejaskan banyak kawasan di negeri Tamil Nadu, India.

Sekurang-kurangnya lapan kematian dilaporkan di negeri itu akibat banjir di ibu negeri Chennai itu, manakala cuti umum diisytiharkan di empat daerah di Tamil Nadu.

“Bandar ini mengalami hujan yang lebih teruk berbanding tahun 1970-1980an. Oleh itu, langkah-langkah yang diambil sebagai mitigasi siklon tidak lagi sesuai,” K.K. Nehru, menteri pentadbiran perbandaran dan bekalan air Tamil Nadu dipetik sebagai berkata dalam media.



Banyak penerbangan di lapangan terbang Chennai digantung pada Ahad dan Isnin, manakala perkhidmatan kereta api di beberapa daerah di selatan India turut terjejas akibat hujan dan banjir.

Negeri di selatan Andhra Pradesh dan di timur negeri Odisha itu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan ramalan cuaca buruk dan hujan, lapor media tempatan.

Pihak berkuasa di Andra Pradesh bersiap sedia untuk kerja-kerja menyelamat dan bantuan di banyak daerah berikutan siklon dijangkakan membadai Bapatla antara Nellore dan Machilipatnam pada petang Selasa.

Sekolah di daerah Gajapati di Odisha terus ditutup pada Rabu ekoran ramalan hujan lebat.



Operasi di lapangan terbang Chennai pulih, lapan maut akibat banjir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button