Amuk di lebuh raya: Berapa tahun penjara menanti Wei Liang?

Amuk di lebuh raya: Berapa tahun penjara menanti Wei Liang?

Amuk di lebuh raya: Berapa tahun penjara menanti Wei Liang?
Bekas pekerja IT, Yew Wei Liang ketika hadir bagi keputusan akhir kes pembelaan atas tuduhan menyebabkan kematian pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, di Lebuhraya Utara Selatan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2019. – Foto fail NSTP

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini akan memutuskan hukuman terhadap bekas pekerja teknologi maklumat (IT), Yew Wei Liang, selepas disabitkan kesalahan menyebabkan kematian pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, di Lebuh Raya Utara Selatan, empat tahun lalu.

Hakim Julia Ibrahim akan membuat keputusan itu mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun.

Sebelum ini, Wei Liang, 45, berdepan tuduhan membunuh Syed Muhammad Danial, 29, di bawah Seksyen 302 KK yang membawa kepada hukuman mati, namun mahkamah semalam mendapati tertuduh disabitkan bersalah kerana menyebabkan kematian mengikut Seksyen 304 (a) KK.



Pada 22 Ogos 2019, Wei Liang, didakwa membunuh Syed Muhammad Danial di Lebuh Raya Utara Selatan pada 10 Ogos tahun sama, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Syed Muhammad Danial disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Nilai Medical Centre pada hari kejadian.

Kejadian membabitkan tertuduh dan mangsa tular di media sosial dan dikatakan berpunca daripada kemalangan kecil selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala selatan.

Amuk di lebuh raya: Berapa tahun penjara menanti Wei Liang?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button