Tiga syarikat jalin kerjasama
Tiga syarikat jalin kerjasama

Kuala Lumpur: CelcomDigi Bhd menjalin kerjasama dengan Huawei Technologies (Malaysia) dan ZTE (Malaysia) Corporation Sdn Bhd untuk pembelian perkhidmatan rangkaian, penyelesaian dan peralatan bagi projek integrasi dan modernisasi rangkaian di seluruh negara.
Langkah ini menandakan satu projek penggunaan rangkaian telekomunikasi terbesar di negara ini berikutan penggabungan Celcom dan Digi pada Disember 2022.
Syarikat itu memulakan program berskala penuh untuk membina rangkaian digital masa depan Malaysia dengan menyepadukan dan memodenkan rangkaian 4G terbesar di negara ini dengan teknologi LTE (evolusi jangka panjang) dan teknologi sedia 5G terkini.
“Usaha ini akan membabitkan kerja penambahbaikan dan integrasi hampir 25,000 tapak Celcom dan Digi yang sedia ada di seluruh negara. Ia juga membabitkan seramai 800 jurutera yang terdiri daripada jurutera tempatan yang mahir serta pekerja yang berkemahiran dalam R&D dan lebih daripada 250 pasukan kontraktor yang khusus dalam kerja pemasangan di seluruh negara, semua menyumbang ke arah membina ekosistem dan ekonomi digital negara,” kata CelcomDigi dalam kenyataan.
Di bawah perjanjian tersebut, CelcomDigi akan memodenisasikan Rangkaian Akses Radio (RAN) dengan teknologi terkini yang terdiri daripada perkhidmatan kejuruteraan dan pengoptimuman hujung ke hujung daripada Huawei dan ZTE.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Perkara melibatkan Sanusi belum selesai” – Sultan Selangor
- Dua Menteri Besar PAS terkait skandal tanah jadi beban kepada PAS
- Ketika Sanusi Di Heret Ke Mahkamah, Kepimpinan PAS Bertelagah
“Ini akan menawarkan throughput yang lebih tinggi serta memberi liputan rangkaian yang lebih luas, bagi menyediakankan pengalaman pengguna yang lebih baik, boleh dipercayai, stabil dengan konsistensi yang lebih tinggi.
“Penyelesaian teknologi ini akan memanfaatkan spektrum sedia ada CelcomDigi, menggunakan Tri-band Radio Units, Dualband Radio Units serta Baseband Radio Units yang terkini,” katanya.
Tiga syarikat jalin kerjasama
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apabila yang tandatangan Proklamasi Melayu hina Raja melayu, apa boleh diharapkan?
- Sanusi kini kluster Mahkamah, peluang Mukhriz jadi MB cerah
- Sanusi Di Tahan Polis Jam 3 Pagi Di Mont Kiara