Final Piala Malaysia: Kapten JDT ‘risau’ keadaan padang SNBJ

Final Piala Malaysia: Kapten JDT ‘risau’ keadaan padang SNBJ

Final Piala Malaysia: Kapten JDT ‘risau’ keadaan padang SNBJ
Jordi Amat (dua dari kiri) ditemui pada sidang media final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/KOSMO

KUALA LUMPUR – Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat mengakui agak risau dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang dilihat boleh menjejaskan tempo pasukan menjelang aksi final Piala Malaysia menentang Terengganu FC (TFC) malam esok

“Kita jangkakan perlawanan yang sukar tetapi apa yang lebih merisaukan adalah keadaan padang dan saya tidak begitu gembira (melihatnya).

“Jika keadaan hari perlawanan juga masih sama, mungkin kita akan atur strategi lain untuk mengelak daripada bermain di atas padang yang tidak rata,” kata pemain pertahanan Indonesia itu pada sidang media sebentar tadi.



Sebagai rekod, pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mendedahkan keadaan terkini padang SNBJ yang dilihat belum bersedia sepenuhnya untuk menganjurkan perlawanan skala besar seperti final Piala Malaya nanti.

Keadaan padang SNBJ menjadi ‘huru-hara’ selepas kumpulan terkemuka, Coldplay mengadakan konsert pada bulan lalu yang dihadiri kira-kira 75,000 penonton.

Skuad Harimau Selatan memburu trofi Piala Malaysia keempat dalam sejarah selepas menang edisi 2017, 2019 dan 2022. – KOSMO! ONLINE

Final Piala Malaysia: Kapten JDT ‘risau’ keadaan padang SNBJ

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker