Final Piala Malaysia: Ivan Mamut sedia gempur JDT

Final Piala Malaysia: Ivan Mamut sedia gempur JDT

Final Piala Malaysia: Ivan Mamut sedia gempur JDT
Ivan Mamut antara penyerang berbisa yang menjadi sandaran skuad Sang Penyu musim ini. – Foto ihsan TFC

STATUS Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai gergasi bola sepak negara tidak menggerunkan penyerang Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut menjelang aksi final Piala Malaysia, malam ini.

Pemain tinggi lampai kelahiran Croatia itu berkata, beliau kini lebih bersedia menghadapi JDT selepas dua pertemuan dalam Liga Super sudah cukup memberi gambaran kualiti kedua-dua pasukan.

“Pada awal musim ini, saya perlu mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan rentak dan budaya bola sepak di Malaysia sebelum menemui sentuhan jaringan.



“Insiden dilayangkan kad merah ketika bertemu JDT pada Jun lalu juga memberi pengajaran berguna buat saya untuk lebih berwaspada dengan helah dan provokasi pihak lawan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Dalam musim pertamanya bersama TFC, Mamut menjadi ayam tambatan selaku penjaring terbanyak dengan 20 gol dalam semua pertandingan termasuk lapan dalam saingan Piala Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu


Mamut berkata, skuad Sang Penyu sudah membuktikan kemampuan dengan kejayaan melangkah ke aksi final
Piala Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menegaskan mereka tidak akan berpuas hati sekadar muncul naib juara sebaliknya mahu membawa pulang trofi Piala Malaysia.



“Kami akan menampilkan corak permainan berdisiplin bagi mengelak dihukum JDT yang lebih berpengalaman beraksi di pentas tertinggi Liga Juara-Juara Asia (ACL).

“Suasana beraksi di perlawanan akhir piala domestik pastinya berbeza daripada saingan liga. Saya percaya TFC masih berpeluang membawa pulang trofi yang kali terakhir dimenangi pada 2001,” katanya.

Dalam pada itu, Mamut enggan dibandingkan dengan penyerang berbisa JDT, Bergson Da Silva walaupun kelibat mereka berdua diramal menjadi penentu nasib pasukan masing-masing.

Pemain berusia 26 tahun itu berkata, beliau tidak mahu terlalu mengejar rekod peribadi sebaliknya berazam bermain secara berpasukan demi kejayaan TFC.

“Ketua jurulatih (Tomislav Steinbruckner) pasti mempunyai percaturan paling ampuh untuk memerangkap JDT yang perlu diterjemahkan kami yang berada di tengah padang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Final Piala Malaysia: Ivan Mamut sedia gempur JDT

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker