Lim Kit Siang Lupa Sejarah 22 Bulan DAP Jadi Kerajaan
Lim Kit Siang Lupa Sejarah 22 Bulan DAP Jadi Kerajaan
Sekali lagi ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang, menimbulkan kontroversi yang mengguris hati orang Melayu.
Kali ini ianya tidak dilakukan di dalam negara, tetapi beliau melkukannya di luar negara.
Dalam satu temubual di Machester, Lim Kit Siang berkata tidak ada di dalam Perlembagaan Malaysia orang bukan Melayu tidak boleh menjadi perdana menteri.
Malah beliau berkata, menjadi impian beliau untuk melihat seorang yang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia sebelum beliau meninggal dunia.
Dari sudut perlembagaan, kenyataan Lim Kit Siang tidak salah.
Dan tidak boleh dianggap sebagai kenyataan yang tidak berpelembagaan.
Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan YDP Agong hendaklah melantik seorang perdana menteri yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Tidak dinyatakan dalam perlembagaan bahawa perdana menteri mestilah terdiri dari orang Melayu sahaja.
Jadi, dari sudut perlembagaan, kenyataan Lim Kit Siang tidak ada salahnya.
Pada pandangan penulis, Lim Kit Siang lupa kepada sejarah 22 bulan DAP menjadi sebahagian dari kerajaan.
Punca kejatuhan Pakatan Harapan 1.0 di era Dr Mahathir adalah kerana kenyataan pemimpin DAP yang mengguris hati orang Melayu.
Isu rusuhan kuil Sri Maha Mariamman, isu ICERD, isu Bahasa Melayu, isu penghinaan Raja Raja Melayu telah menimbulkan kemarahan orang Melayu.
Akibatnya, Pakatan Harapan yang menang dengan agak selesa dalam PRU 14 kehilangan kuasa.
Paling bahaya, kenyataan Lim Kit Siang seolah membayangkan DAP sekarang masih lagi meneruskan agenda The Malaysian Malaysia.
Penulis akui, kenyataan Lim Kit Siang itu tidak mewakili suara parti.
Ianya adalah suara peribadi seorang ahli politik veteran yang semakin di mamah kewarasan fikirannya akibat faktor umur.
Juga diakui, agak sukar untuk kepimpinan DAP mengambil tindakan terhadap Lim Kit Siang kerana beliau masih berpengaruh dalam DAP.
Tetapi sesuatu mesti dilakukan segera oleh kepimpinan DAP untuk meneutralkan keadaan.
Jangan ditunggu hingga kemarahan orang Melayu meledak, buruk padahnya.
Lim Kit Siang Lupa Sejarah 22 Bulan DAP Jadi Kerajaan
Di Syorkan Untuk Anda:
- 2 Kali Menjadi Perdana Menteri, Nasib Pesawah Kubang Pasu Tetap Tidak Terbela
- Pembangkang Akan Terus Hilang Sokongan Dari Sekurang-Kurangnya 7 Ahli Parlimen
- Strategi Terakhir Mahathir Sebelum Berhadapan Kes Mahkamah
- Covid-19: Apakah Kerajaan Perpaduan Akan Laksanakan PKP Semula?
- Dunia Kecam Amerika Kerana Gunakan Kuasa Veto Halang Gencatan Senjata