Kastam sita rokok, arak di Perak

Kastam sita rokok, arak di Perak

Kastam sita rokok, arak di Perak
Abdul Ghafar menunjukkan barang rampasan disyaki barang belum lulus Kastam. – Foto KASTAM

IPOH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok, kretek dan minuman keras bernilai RM950,000 dalam tiga operasi berasingan termasuk di Johor Bharu, bulan ini.

Pengarah Kastam Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad, berkata rampasan rokok putih dan kretek dengan nilai termasuk cukai dianggarkan RM420,000 dilakukan jam 9.20 malam 4 Disember lalu di sebuah premis kediaman tidak berpenghuni Chemor, di sini.

Katanya, rampasan minuman keras pelbagai jenama yang membabitkan nilai RM57,000 pula dibuat menerusi serbuan kedua jam 5 petang 6 Disember lalu ke atas sebuah rumah di Gopeng, dekat sini.



Beliau berkata, serbuan ketiga membabitkan rampasan rokok putih dan kretek dengan nilai termasuk cukai RM469,000 dibuat pada 10.30 pagi 7 Disember lalu di sebuah kediaman di Johor Bahru.

Katanya, dua lelaki warganegara Malaysia berusia 34 dan 46 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Ketiga-tiga kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya hari ini.

Kastam sita rokok, arak di Perak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tok Mat Hasan Turun Pangkat?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading