Piala Asia 2023: Arab Saudi berpotensi ‘jumpa’ Harimau Malaya

Piala Asia 2023: Arab Saudi berpotensi ‘jumpa’ Harimau Malaya

Piala Asia 2023: Arab Saudi berpotensi ‘jumpa’ Harimau Malaya
Skuad Harimau Malaya dijangka lakukan kem latihan pusat pada minggu depan. – Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Pembatalan aksi persahabatan Harimau Malaya dengan Arab Saudi adalah disebabkan permintaan pengendali pasukan itu, Roberto Mancini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman berkata, perlawanan pemanas badan itu setatutnya dijalankan pada 4 Januari depan tetapi terpaksa dibatalkan.

“Perancangan untuk aksi persahabatan kedua-dua pasukan ini memang telah lama dirancang dan dipersetujui oleh kedua-dua pasukan.



“Namun pihak Arab Saudi memaklumkan kepada FAM bahawa perlawanan ini tidak dapat diteruskan kerana Mancini membuat congakan bahawa pasukan kendaliannya itu berkemungkinan bertemu Malaysia di seawal Pusingan 16 Terbaik.

“Ini kerana, jika Arab Saudi muncul juara Kumpulan F dan Malaysia pula menjadi naib juara Kumpulan E, kedua-dua pasukan boleh bertemu di Pusingan 16 Terbaik pada 30 Januari 2024,” katanya.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan Persatuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) mendedahkan aksi bertemu Malaysia tiada dalam jadual persahabatan yang bakal mereka harungi pada bulan Januari depan.

Menurut SAFF, tiga aksi persahabatan telah diatur dengan bertemu Lebanon pada 4 Januari, disusuli dengan perlawanan Palestin (9 Januari) dan Hong Kong (10 Januari.



Situasi tersebut sekali gus mengecewakan kem Harimau Malaya dalam usaha mendapatkan ujian terbaik sebelum berlepas ke Qatar untuk mengharungi Piala Asia pertama sejak edisi 2007. – KOSMO! ONLINE

Piala Asia 2023: Arab Saudi berpotensi ‘jumpa’ Harimau Malaya

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tok Mat Hasan Turun Pangkat?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button